fb

Dec 15, 2010

Bukti Kebahagiaan Perkahwinan

Perkahwinan adalah satu kejayaan dalam dunia percintaan. Dimana satu fasa baru yang lebih sempurna dari dunia percintaan kita. Tidak semua percintaan akhirnya berjaya sampai ke jinjang pelamin. Namun Harus juga kita ingat. Berkhwin juga bukan bermakna kita telah berjaya dalam hubugan kita dengan pasangan kita. Kerana lebih banyak tanggung jawab yang harus kita galas dan laksanakan untuk memastikan rumahtangga yang terbina kekal bahagia.

Namun, tanggungjawab itu bukanlah satu alasan untuk kita lari dari berkahwin. Kerana apa yang kita lakukan dan usahakan didalam perkahwinan. kita akan dibayar dengan sebuah penghargaan yang tidak ternilai dengan harta dan isi dunia. Yakni kebahagiaan perkahwinan. Antara bukti-bukti kebahagian di dalam rumah tangga adalah seperti yang saya jelaskan ini.


1. Dalam perkahwinan yang sihat, setiap pasangan harus menyukai dirinya sendiri seperti mereka menyukai orang lain. Hal ini berkaitan dengan harga diri. Harga diri mempengaruhi setiap bentuk kehidupan dan merupakan titik terpenting dalam perkahwinan. Jika anda mempunyai harga diri, anda akan merasa aman untuk menjadi diri anda sendiri dan untuk memperlihatkan bahawa anda boleh menerima kritikan daripada pasangan.

2. Pasangan yang bahagia akan saling suka menyukai, tidak hanya saling mencintai. Bayangkan jika pasangan anda bukan suami/isteri anda.Adakah anda masih memilihnya sebagai teman? Saling menikmati kebersamaan merupakan tanda yang baik.

3. Pasangan yang bahagia saling berdebat. Barangkali anda berpendapat sebaliknya, bahawa pasangan yang bahagia tidak pernah berdebat.Tetapi cuba fikirkan, tidak mahu berdebat bererti anda takut menyakiti pasangan anda atau takut kehilangan cintanya. Anda terpaksa menurut sahaja kehendak pasangan atau anda tidak berani menentangnya.Berani menyatakan bahawa anda tidak setuju dengan pendapatnya merupakan tanda hubungan yang sihat. Menyatakan kemarahan, juga merupakan saluran untuk memperbaiki hubungan. Ini lebih baik daripada anda berbuat sesuatu yang menunjukkan kemarahan anda kerana anda tidak berdaya atau tidak berani menyatakan kemarahan anda.

4. Pasangan yang bahagia adalah pasangan yang berani meluahkan perasaan masing-masing. Tidak berpura-pura atau memendam sesuatu yang tidak disenanginya.

5. Pasangan yang bahagia, biasanya saling bertolak ansur dan boleh menyesuaikan perubahan - perubahan. Dalam hidup ini, ada perubahan-perubahan yang perlu diduga seperti menikah,melahirkan anak dan anak-anak yang dewasa meninggalkan rumah. Ada juga perubahan yang tidak terduga, misalnya bertukar kerja,kemalangan dan kematian anggota keluarga.Hubungan yang sihat boleh menyedari suatu perubahan dan mampu menangani masalah tersebut.

6. Pasangan yang bahagia biasanya saling mempercayai. Jika anda percaya pada pasangan, anda tidak perlu bersusah payah menyelidik atau mengintipnya. Anda yakin bahawa pasangan anda tidak akan berbuat sesuatu yang akan menyakiti hati anda.

7. Pasangan yang bahagia mempunyai hubungan seksual yang baik.Tetapi yang baik bagi anda belum tentu sesuai bagi pasangan. Hubungan seksual yang baik tidak bergantung kepada sering melakukan hubungan kelamin, tetapi hubungan kelamin yang membuat anda bahagia. Jika seks membuat anda berdua merasa intim, puas dan senang, itu merupakan tanda yang baik.

8. Pasangan yang bahagia saling bergantung di antara satu sama lain.Maksudnya mereka boleh menyesuaikan diri untuk bebas atau tergantung pada pasangannya, sesuai dengan situasi. Malah dalam satu penyelidikan menunjukkan bahawa pasangan yang berjaya selalu merasa gembira dalam hubungan mereka dan tetap mempertahankan identiti masing-masing.

1 comment: