fb

Dec 16, 2010

CABARAN PEMBENTUKAN KELUARGA ABAD MILENIUM

Halatuju pembentukan keluarga masa kini dan masa depan bergantung sepenuhnya kepada dasar hidup yang ditetapkan ibubapa dan dasar negara. Sebagai unit asas dalam masyarakat, maka keluarga adalah tenaga yang sentiasa bergerak melingkari masyarakat dan negara.

Semakin kuat pergerakan ahli keluarga, maka semakin bertenaga masyarakat dan negara. Persoalan besar timbul ialah kearah mana halautuju gerakan keluarga itu?. Berdasarkan pemerhatian mimbar dan kajian-kajian yang dibuat ternyata pengaruh globalisasi masa kini telah mengubah corak dan nilai pegangan kehidupan keluarga.

beberapa kajian yang dibuat oleh Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) bahawa pegangan nilai kehidupan atau pegangan hidup keluarga semakin berubah. Antara perubahan nilai yang ketara ialah kecenderungan untuk memiliki saiz keluarga yang kecil, senario perkahwinan lewat, peningkatan kadar tidak mahu berkahwin, peningkatan masa wanita bekerja di luar rumah semakin meningkat, sibuk bekerja, masa keluarga bersama anak-anak semakin berkurangan, peningkatan anak-anak dijaga oleh pembantu rumah atau pusat-pusat asuhan dan jangka hayat warga emas semakin bertambah kerana kualiti kesihatan.

Pembangunan sosio –ekonomi yang pesat dan pengaruh budaya asing telah menjadi punca perubahan pegangan nilai hidup yang membawa kepincangan dalam kehidupan keluarga. Kepincangan dalam keluarga bermula daripada sebab seperti kekurangan kasih sayang dalam keluarga, keganasan rumah tangga, peningkatan kadar perceraian, penderaan kanak-kanak, pengabaian kepada warga emas, sumbang mahram, kejahilan, bersekudukan tanpa kahwin, peningkatan kelahiran anak tanpa nikah, peningkatan kadar perceraian dan gejala sosial yang lain. Isu-isu gejala sosial yang berlaku dalam masyarakat pada masa ini adalah sebahagian daripada perubahan pegangan nilai-nilai dalam kehidupan.

Bimbang dengan penularan budaya hidup berzina dan gaya hidup barat ini yang boleh mencemarkan imej Islam dan memberi kesan kepada akidah. Berdasarkan perubahan nilai hidup yang ketara ini, maka mimbar ingin mengingatkan jemaah sekalian tentang peringatan Allah SWT dalam Surah at-Tahrim ayat 6:
 
Maksudnya: “Wahai orang yang beriman! Peliharalah diri kamu dan keluarga kamu api neraka yang bahan bakarannya manusia dan batu; penjaganya malaikat-malaikat yang keras kasar; tidak menderhaka kepada Allah dalam segala yang diperintahkan-Nya kepada mereka, dan mereka pula tetap melakukan segala yang diperintahkan.”

Jadi dapatlah saya simpulkan disini antara isu yang dapat saya katakan dalam cabaran keluarga milenium ini adalah sepert:

Pertama: Ibubapa perlu memperkukuhkan dan melengkapkan pendidikan agama bagi menghadapi cabaran abad yang mendatang,

Kedua: Memperuntukkan masa-masa tertentu bersama ahli keluarga menghadiri majlis-majlis ilmu,

Ketiga: Perubahan nilai dan penghayatan jatidiri yang dipengaruhi budaya asing akan merendahkan harga diri ahli keluarga, dan

Keempat: Perbuatan dan tingkah laku berdosa yang dilakukan oleh anak-anak di atas dunia ini akan menyeksa roh ibubapa yang telah meninggal dunia.

Firman Allah SWT dalam surah al- furqan ayat; 74

Maksudnya: “Dan juga mereka yang berdoa dengan berkata: Wahai Tuhan kami, berilah kami beroleh dari isteri-isteri dan zuriat keturunan kami perkara-perkara yang menyukakan hati melihatnya, dan jadikanlah kami imam ikutan bagi orang yang (mahu).”

No comments:

Post a Comment