fb

Dec 3, 2010

Cinta berubah??? Mengapa??? Kenapa???

Rentetan dari persoalan kebencian terhadap cinta maka timbul persoalan Kenapa ada manusia yang tidak setia dalam percintaan. ? Secara ringkas ketidaksetian percintaan tersebut adalah akibat dari perubahan jiwa dan pemikiran seseorang itu. Kebanyakan manusia berubah apabila bertembung dengan sesuatu yang baru , lebih cantik, lebih ...

Bila kita atau sesiapa pun menyayangi seseorang atau mencintai seseorang, ramai beranggapan cinta dan kasih itu akan berkekalan hingga ke akhir hayat. Namun adakah itu pasti berlaku dalam kehidupan kita? kemungkinan ramai yang berkata ye. walaupun begitu bagaimana pula dengan mereka yang berkata tidak, malah mereka cukup membenci istilah dikasihi dan mencintai?

Dari segi tabiat manusia, cinta dan kasih pada seseorang itu semamangnya wujud . tetapi, Kenapa ada diantara umat manusia membencinya? soalan yang begitu mudah , namun sukar dihuraikan. Sepastinya kesetian lah penyebab mengapa mereka membenci istilah CINTA DAN KASIH. Pengalaman awal percintaan yang diakhiri ketidaksetian penyebab kebencian tersebut itu berlaku dan berlarutan.

Rentetan dari persoalan kebencian terhadap cinta maka timbul persoalan Kenapa ada manusia yang tidak setia dalam percintaan. ? 




Secara ringkas ketidaksetian percintaan tersebut adalah akibat dari perubahan jiwa dan pemikiran seseorang itu. Kebanyakan manusia berubah apabila bertembung dengan sesuatu yang baru , lebih cantik, lebih bernilai dan meyakini ianya bermanfaat. Sebagai contoh mudah… Ahmad telah membeli sebuah kereta Toyota buatan tahun 1989,setelah memakainya lebih kurang 5tahun muncul sebuah kereta Mercedes terbaru dipasaran , lebih murah dan lebih cantik dari kereta yang dimilikinya. Persoalannya adakah encik ahmad tidak tertarik dengan tawaran tersebutt?? Bagaimana pula dengan kita?? Tertarik ataupun tidak? Begitulah halnya dan bandingan dalam persoalan cinta. Cinta kita pasti berubah bilamana bertembung dengan cinta yang lebih baik dan cantik.

Perubahan jiwa dan pemikiran manusia dari satu keadaan ke keadaan yang lain bilamana bertemu sesuatu yang baru , cantik dan bermanfaat adalah sifat semulajadi manusia. Dan inilah menjadi teori dan pegangan golongan materialistik dan komunis, begitu juga golongan darwien yang hanya menilai sesuatu benda hanya dari kaca mata manusia yang zahir. Tidak pulak batinnya. Mereka meanggap sesuatu yang berkembang dan bernilai adalah suatu yang pastinya wujud dan berguna.. Berlainan pula dengan pegangan Islam yang mengambil kira soal ghaibiyyat (yang tidak dapat dilihat melalui mata kasar) juga sebagai asas pegangan umat Islam

Mungkin tidak mustahil Encik Ahmad tidak membeli kereta Mercedes tersebut kerana melihatkan penggunaan kereta Toyota tersebut banyak berbakti kepadanya . begitu juga dengan keadaan enjinnya yang cukup baik untuk jangka masa yang agak panjang.Maka lahirlah pendapat yang mengatakan Encik Ahmad bukan sahaja menilai sesuatu benda itu melalui zahirnya sahaja . Namun hal sebegini memerlukan keyakinan yang agak tinggi buat Encik Ahmad.

Bagi mereka yang sedang bercinta usahlah memikirkan soal perubahan jiwa dan pemikiran pasaangan kita, kemungkinan kita lah akibat perubahan tersebut. mungkin si dia melihat kita ada kekurangan yang nyata. maka baikilah dan buktikanlah siapa kita sebenarnya. Dan bagi mereka yang ingin berubah hati dan jiwanya terhaddap insan lain, adakah dia meyakini cinta barunya lebih hebat dari cinta lamanya.

No comments:

Post a Comment