fb

Dec 10, 2010

Cinta tidak direstui

Tidak mendapat restu keluarga kekasih memang menjadi satu masalah dalam sebuah percintaan. Sebab tidak menyukai atau tidak memberi restu kepada calon menantu ini boleh menganggu kelancaran hubungan anda dengan bakal suami atau isteri.
Biasanya masalah tidak disukai keluarga kekasih sering berpunca daripada perbezaan taraf kehidupan, taraf pendidikan, rupa paras dan sebagainya.

Apabila pihak keluarga mula menunjukkan ketidaksenangan mereka terhadap bakal menantu, perkara-perkara remeh dan kecil pun boleh dikembangkan menjadi isu besar. Keadaan ini sudah tentu membawa impak atau kesan buruk terhadap dunia percintaan anda.
Dan ironisnya, apa yang kerap terjadi, adalah pihak keluarga pasangan yang menentang hubungan tersebut akan bermati-matian berusaha untuk memisahkan pasangan kekasih yang saling mencintai ini jika pasangan itu terlihat bersatu padu mengatasi pelbagai cubaan atau halangan yang mendatang itu.

Nampaknya cinta semata-mata tidak memadai atau mencukupi untuk mereka menghadapi sebuah perkahwinan yang penuh dengan duri itu. Ini semakin menghimpit jika kedua-dua belah pihak keluarga dan rakan-rakan tidak memberi sokongan moral malahan turut bersikap menjatuhkan.

Keadaan ini sebenarnya boleh terjadi kepada sesiapa sahaja, malah sering menyangkut soal fahaman, perbezaan warna kulit, harta kekayaan, budaya dan agama. Kerana itu tidak hairan jika anda hanya berasa aman dan bahagia ketika dapat berdua-duaan dengan kekasih kerana saat ini tidak ada gangguan daripada orang yang tidak menyukai, walaupun sebenarnya anda berasakan amat memerlukan pergaulan secara terbuka dengan rakan-rakan dan lingkungan keluarga. Yang lebih menyakitkan lagi apabila keluarga kekasih menjauhkan pasangan anda daripada aktiviti keluarga.

Anda juga tidak pernah dijemput dalam acara atau majlis-majlis penting yang diselenggarakan keluarga si dia. Sehingga membuat anda dan si dia tidak tahu apa yang patut dilakukan, samada meneruskan perhubungan terlarang ini atau berpisah sahaja kerana tuntutan pihak keluarga pasangan yang amat melampau.

Akhirnya pilihan memang bergantung kepada keputusan anda berdua. Apalagi kalau anda sudah nekad merancang untuk tetap meneruskan hubungan itu hingga ke jinjang pelamin. Jangan gelabah atau membebankan pasangan dengan meletakkannya di antara dua pilihan.

Cara terbaik adalah dengan menyelesaikan masalah itu secepatnya. Jika sudah mengambil keputusan untuk menikah, sudah tiba masanya keluarga pasangan masing-masing mengetahui lebih jauh mengenai calon menantunya. Memang bagi keluarga yang mementingkan kedudukan sukar untuk meminta mereka menerima diri anda seadanya.

Namun begitu sebaiknya kita haruslah berusaha terlebih dahulu memujuk dengan memikat hati bakal mertua kita. Ada beberapa tips yang akan saya kongsikan bagi mereka yang ingin mencuba andai cinta terhalang oleh orang tua.. diharapkan dengan tips ini kita tidak berputus asa. Usaha dan doa jua harus seirirng. Berdoalah moga jodoh didekatkan dan dipermudahkan.


1.Berkenal-kenalan dengan keluarga mertua. Andai tinggal berjauhan, hubungilah mereka melalui telefon sekadar untuk bertanya khabar.

2. Kenali sikap sebenar mertua anda melalui suami anda.

3.Setelah berkahwin, jangan sesekali anda memarahi anaknya dihadapan mereka.

4.Berkongsi minat dengannya seperti memasak dan sebagainya

5.Bawalah buah tangan bersama ketika berkunjung ke rumah mereka.

6.Apabila tiba hari-hari penting seperti ketibaan Hari Ibu, Hari Bapa, Ulang  Tahun Perkahwinan, Hari Bapa dan Hari Lahir, jangan lupa menelefon mengucapkan sesuatu.

7.Cuba mengambil hatinya dengan bercerita tentang pengalaman lucu yang boleh menghiburkan hatinya

8. Jaga tingkahlaku dan tuturkata anda.

9. Cuba mengasihani keluarga mertua seperti anda menyayangi keluarga sendiri.

4 comments:

  1. emmm...mmg agk sukar bila hubungan yg tak direstui, DeQdEq sendiri sdg mengalami keadaan nih...tp tak tau la mcm mana pengakhiran cinta ni...

    ReplyDelete
  2. benar tu.. bila cinta tidak direstui.. kita pasti hampir rasa putus asa.. kita asyik marah2 je. dan kita salahkan pasangan. tapi sebenarnya kita kena sabar. Mungkin ni kan ujian percintaan. Abg saya adalah mangsa cinta direstui. Biarpun lagi 2 minggu nak nikah. arwah ayah kakak ipar tak pernah bg jejajk rumah. Siap dihalau guna parang. Tapi syukur jodoh mereka tetap panjang. Kini dah miliki 2 orang anak yang comel. Malah abg saya semasa arwah ayah kakak ipar sakit. Dia tetap menemani di hosp dan tolong. Akhirnya arwah ayah kakak ipar merestui hubungan yang telah pun terbina..

    ReplyDelete
  3. emmm...alhamdulillah akhirnya direstui juga...mcm DeQdEq skrg nih, xtau nk buat mcm mana...klu bleh kami dh nak tamatkan zaman bujang awal2 perkenalan dulu lg..tp sbb tak direstui...kami terpaksa tangguhkan dan terus berkawan senyap2...mmg seksa sgt...sedih je bila tgk kwan2 semua bahagia ke jinjang pelamin

    ReplyDelete