fb

Dec 3, 2010

Kesan judi dalam kebahagiaan rumah tangga


Judi bola bakal rampas kebahagiaan wanita, keluarga
KUALA LUMPUR, 27 Mei: Ketua Wanita Keadilan Selangor, Haniza Mohamed Talha menyuarakan rasa bimbang dengan tindakan kerajaan pusat meluluskan lesen judi bola sempena Piala Dunia 2010.
Baginya, dengan kelulusan lesen judi tersebut oleh Kementerian Kewangan, bakal mengakibatkan kesengsaraan berpanjangan kepada kaum wanita dan keluarga yang pernah menghadapi masalah sosial disebabkan aktiviti perjudian.
"Amalan judi yang sedia ada telah banyak memberi kesengsaraan kepada kaum wanita dan keluarga, dengan lulus lesen judi bola, saya takut akan bertambah sengsara mereka ini disebabkan keghairahan berjudi," jelas beliau kepada Harakahdaily petang ini.
Sehubungan itu, beliau mempertikai kaedah Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan I, Datuk Seri Najib Tun Razak menyelesaikan masalah judi haram dalam negara.
"Tak kira sama ada judi haram atau pun judi berlesen, kedua-duanya akan tetap memberi impak negatif kepada keluarga.
"Mereka yang ketagihan judi akan mengabaikan tanggungjawab masing-masing (dalam keluarga) dan sanggup merampas kebahagiaan keluarga semata-mata untuk berjudi," tegasnya.
Disebabkan itu, beliau yang juga Adun Taman Medan menegaskan, hikmah Allah melarang penganut Islam terjebak dalam aktiviti perjudian.
Beliau turut mempersoal keIslaman para pemimpin Melayu dalam Umno yang masih tidak bersedia menerima kebenaran al-Quran, sedangkan di kalangan pemimpin Pakatan Rakyat yang bukan beragama Islam boleh menerima hakikat keburukan di sebalik aktiviti perjudian.
Tuntas dari itu, beliau mewakili rakyat Dun Taman Medan berharap kerajaan membatalkan semula lesen judi yang telahpun diberikan kepada Kumpulan Berjaya supaya kebahagian keluarga rakyat boleh terus dipulihara secara bersama.

Keratan akhbar

Bersama kita renungi keratan akhbar diatas yang menyentuh tentang judi. Bukankah dalam alquran telah jelas termaktub bahawa judi itu adalah sesuatu yang haram. Haram bermaksud perkara yang dilakukan pasti membawa kesan keburukan didalam kehidupan. Firman Allah:

“Mereka bertanya kepadamu tentang minum khamar(segala macam minuman yang memabukkan) dan berjudi. Katakanlah: “Kedua macam (perbuatan itu) adalah dosa besar (dan ada manfaat) bagi manusia, tetapi dosanya jauh lebih besar dari manfaatnya itu”. 
(Al-Baqarah: 219)

Lagi dalil Allah didalam Al-Quran. Allah ta’ala telah berfirman yang mafhumnya:

“Wahai orang-orang mukmin. Sesungguhnya arak, judi, berhala, anak panah (judi) adalah najis (kotor) dari kelakuan syaitan. Jauhilah ia supaya kamu beroleh kemenangan. Sesungguhnya syaitan bertujuan menjadikan permusuhan dan kebencian di antara kamu melalui arak dan judi, serta menghalang kamu dari mengingati Allah dan mendirikan solat”. 
(Al-Maidah, 90-91)

Ayat ini jelas menunjukkan pengharaman ‘khamr’ (arak) dan segala bentuk ‘maysir’ (judi). Ini kerana judi dapat memberi kesan buruk bukan saja pada perilaku orang yang bermain judi itu. Malah terhadap agama, keluarga, masyarakan dan juga negara. Diantara kesan judi adalah:


1) Penjudi akan selalu dibebani dengan hutang, hidup tidak tenang, banyak masa terbuang serta mengabaikan keluarga, dan juga bersikap tamak. Aktiviti judi yang sedia ada di negara kita terutama di kalangan yang berpendapatan rendah telah menyebabkan kebobrokan rumah tangga dan ramai terperangkap dengan hutang dengan meminjam melalui ‘Ah Long’ dan ceti haram.

2) Ianya boleh menjadi punca perpecahan di kalangan masyarakat. Sekiranya tidak dibendung, parasit ini akan terus membiak dan menjadi barah kepada generasi akan datang dan negara akan mempunyai sahsiah yang sangat buruk. Jika diamalkan, ia akan memberi kesan buruk terhadap diri sendiri, keluarga, masyarakat dan seterusnya kepada negara.

3) Perkara haram inilah yang menjadi punca penyakit dan perosak fikiran dan akhlak umat Islam masa kini.

4) Ia juga meruntuhkan moral dan integriti sesebuah masyrakat.

5) Judi juga boleh menyebabkan rasuah.
Dan rasuah juga memberi kesan yang sangat besar kepada masyarakat. Perasuah adalah mereka yang tidak berintegriti. System pemerintahan akan menjadi lemah kerana setiap kali berlakunya rasuah, pemerintah mungkin akan menggunakan wang hasil cukai rakyat dan manfaatnya akan digunakan untuk kepentingan para perasuah. Seterusnya menyebabkan pentadbiran sesebuah negeri dan negara akan menjadi kucar kacir dan menimbulkan masalah lain seperti masalah ekonomi, pengabaian terhadap masyarakat jika amalan rasuah terus berleluasa di perikat pimpinan negara. Begitulah kesan-kesan arak, judi dan rasuah terhadap masyarakat.


6) Bagi yang menang akan mengundang kebencian, kedua bagi yang kalah akan tertekan kerana kehilangan wang, ketiga tidak ada perkataan yang boleh digunakan untuk pembelaannya di mahkamah, keempat dia akan dijauhi oleh rakan dan keluarga, kelima dia akan susah untuk menemui jodoh kerana tiada yang mahu bersuamikan si penjudi dan keenam mencari kekayaan atas pertaruhan menyebabkan kesengsaraan kepada orang lain (yang kalah)’

7) Yang paling utama yang hendak ditekankan disini adalah seperti yang kita lihat dalam petikan akhbar diatas, judi dapat merosakkan kebahagiaan rumah tangga malah ia juga mampu meruntuhkan intitusi kekeluargaan. Ini mendorong peningkatan kadar perceraian.

2 comments:

  1. kalau hukum Allah dah menyatakan haram sesuatu mesti tak bagus benda tu bg kesan buruk. kalau ikut juga, nauzubillah, tanggung sendiri

    ReplyDelete
  2. benar tu al quran telah jelas lagi lengkap untu dijadikan panduan.. biarlah cari rezeki yang halal. biarpun perit.. namun berkat...

    ReplyDelete