fb

Dec 19, 2010

Kisah Iktibar : Isteriku Curang

Perkahwinan adalah bertujuan untuk melengkapi segala kekurangan kearah menjadi yang lebih sempurna.. Dimana setiap insan yang berkahwin mengimpikan kebahagiaan. Dan mengimpikan pasangan yang soleh/solehah agar kewarakan mereka itu dapat menjamin kebahagiaan. Lelaki merasa bertuah mendapat gadis bertuduh labuh dan wanita pula berbangga mendapat lelaki berkopiah.

Namun begitu persoalan yang ingin saya timbulkan disini.. Benarkah pakaian yang seakan alim itu adalah keperibadian sebenar seorang individu tersebut? Adakah ia jaminan yang pasti bahawa kita akan bahagia? Jadi pada malam ini ingin saya bawakan satu kisah yang mana ia sekadar renungan kita bersama.. Semoga apa yang dipaparkan disini Membuat kita kembali berfikir... Dan bertanya pada diri kita sendiri, apakah sebenarnya kunci kebahagiaan???









 
“Terus terang saya katakan, sepanjang hidup bersamanya, tidak sedikitpun saya meragui kesetiaannya. Saya yakin dia setia kepada saya memandangkan perkahwinan kami atas dasar suka sama suka.

Ketika bersusah payah membangunkan perniagaan, dia menjadi inspirasi dan semangat untuk saya. Tanpa dia, mungkin saya tidak mampu mengharungi pahit getir dalam dunia perniagaan.

Lebih daripada itu, saya yakin, perawakannya yang lemah lembut, bertudung labuh dan latar belakangnya yang kuat pegangan agama tidak mungkin membuatkan dia sanggup melakukan perbuatan yang menyalahi hukum agama.

Dia melayan saya dengan sepenuh tanggungjawabnya sebagai isteri. Apa saja permintaan saya dia akan penuhi.

Kami bertambah bahagia apabila dikurniakan seorang anak lelaki yang kini berusia sembilan tahun.

Namun, ketika perniagaan saya berkembang dan kami sekeluarga mengecap kesenangan, ada rakan memberitahu pernah melihat isteri saya bersama lelaki lain dalam keadaan mencurigakan.

Ketika itu memang saya tidak percaya langsung dan akibatnya saya bertumbuk dengan rakan yang menyampaikan maklumat itu.

Begitupun, cerita mengenai kecurangan isteri saya tidak pernah tamat kerana ada saja rakan menyampaikannya kepada saya.

Antara yang paling menyakitkan hati ialah ada yang memberitahu, isteri saya membuat pengakuan bahawa dia sudah berpisah dengan saya.

Dalam keadaan sedemikian, saya masih bersabar dan membuang perasaan curiga terhadap isteri. Saya tetap melayannya dengan baik dan pada masa sama dia juga begitu.

Pada Ramadan tahun lalu, saya ke Makkah mengerjakan umrah dan di depan Kaabah saya berdoa supaya Allah SWT terus merapatkan hubungan saya dan isteri. Pada masa sama saya juga memohon kepada Allah supaya menunjukkan kebenaran jika ada kekurangan dalam rumah tangga saya.

Pulang dari Makkah, saya menghadiahkan isteri gelang kayu Kokka. Tidak lama selepas itu rakan memberitahu, lelaki yang dikatakan menjalin hubungan sulit dengan isteri saya ada memakai gelang sama.

Apa disampaikan rakan saya memang benar kerana tanpa pengetahuan saya, isteri saya menghadiahkan gelang berkenaan kepada lelaki itu.

Saya memang sakit hati tetapi kerana perasaan sayang masih menebal, saya buat tak tahu saja.

Bagaimanapun, pada satu malam doa saya dimakbulkan Allah apabila saya bagaikan diberi petunjuk mengenai kecurangan isteri.

Entah bagaimana, ketika itu tidak semena-mena kereta yang biasa saya gunakan rosak secara tiba-tiba dan saya pulang ke rumah menggunakan kereta lain.

Tidak seperti kebiasaan, saya pulang awal sedikit. Ketika sampai di rumah, saya melihat kelibat seorang lelaki keluar dari pintu belakang dan menguncinya.
Berderau darah saya ketika itu dan dengan menggunakan segala kudrat yang ada, saya mengejar dan berjaya menangkapnya.

Ternyata, dia adalah lelaki seperti digambarkan rakan saya. Dalam keadaan tidak berbaju, saya mengheretnya ke dalam rumah dan ketika itu isteri saya dalam keadaan kusut, memakai baju tidur tanpa coli. Saya periksa bilik dan mendapati katil ‘bersepah’.

Tanpa sedar, air mata saya mengalir dan benarlah apa yang diberitahu rakan selama ini. Sudah jelas, isteri saya curang. Jika bersama lelaki lain di dalam rumah dalam keadaan mencurigakan, apa lagi yang mereka lakukan jika tidak membuat maksiat?

Namun, seperti orang tidak bersalah, kedua-duanya berbuat muka selamba. Isteri memberi alasan lelaki itu datang ke rumah kerana mahu membetulkan paip.

Apabila diperiksa, ternyata isteri saya berbohong apabila paip rumah saya tidak rosak dan lelaki itu tidak pula membawa peralatan membaiki paip.

Seperkara lagi, lelaki itu masuk ke rumah secara bersembunyi berikutan keretanya diletakkan jauh dari pekarangan rumah.

Bengang dengan reaksi mereka, saya bawa mereka ke balai polis dan membuat laporan. Sedikitpun mereka tidak menunjukkan perasaan takut. Kesudahannya mereka dilepaskan selepas dijamin keluarga masing-masing.

Sejak itu, kami duduk berasingan hinggalah kami bercerai baru-baru ini. Saya mendapat hak penjagaan anak.

Apabila difikirkan kembali, apa salah saya sehingga dia sanggup berbuat begitu. Hendak apa saja saya berikan. Malah satu ketika dia pernah berkata kepada anggota keluarga saya, dia tidak tahu hendak membeli apa lagi kerana semua benda boleh dimilikinya.

Keluarga saya memang kecewa, apatah lagi ibu saya. Dia adalah menantu kesayangannya, tetapi apa yang berlaku benar-benar mengejutkannya.

Keluarga bekas isteri pula meletakkan kesalahan di atas bahu saya. Mereka menyifatkan saya terlalu cemburu.

Saya hairan, adakah perbuatan bekas isteri saya melakukan maksiat bersama lelaki lain dan saya sendiri yang menangkap mereka perlu dimaafkan?”



Jadi dari kisah yang telah saya paparkan diatas.. Apakah yang dapat kita simpulkan??? Maka para pembaca yang budiman.. Sekiranya telah pun membaca kisah tersebut dan mempunyai pandangan tentang pengajaran yang dpat kita ambil dari cerita tersebut. Tulislah dialam ruangan komen. Kerana pandangan anda semua amat bermakna..


Disini mungkin ade beberapa faktor yang harus para suami menitk beratkan yang kemungkinan besar mengapar isteri kita tergamak melakukan kecurangan..

1. Landasan Hubungan Rapuh

2. Hidup Terkongkong

3. Rasa Tidak Dihargai

4. Sering berjauhan

5. Mahu Lebih Bahagia

6. Rasa Marah

7. Komunikasi Hambar  

8. Sikap Playboy

9. Ketidakpuasan Dalam Kasih Sayang

10. Sikap yang mengada- ngada      

Mungkin dengan faktor2 yang telah saya senaraikan ini, kita boleh merenung semula kekurangan kita terhadap isteri kita dan bersama berusaha untuk membahagiakan mereka.


 

5 comments:

  1. kecurangan yang membawa kemusnahan....jom kita bersama2 elakkanyer...

    ReplyDelete
  2. sedih kan if this happen?

    hermm, aku belom kawen, tapi dulu penah laa hal2 curang nih jadik dalam family aku. even as anak pon aku macam nak gilaa, apetah lagik kalo suami or isteri kan? so better laa jgn dok buat benda macam nih...

    aku rasa laa, dlm kes nih perhaps this husband sibuk siket kot carik duit... plus si isteri memang tak tau malu tak reti jaga maruah suami... hermmm...

    mintak simpang laa jd kat famili aku in the future or skg or bila2 laaa. aminn!

    ReplyDelete
  3. Moga kita semua dijauhkan dari ditimpa kes seperti in baik kita sebagai suami mahupun sebagai isteri...

    ReplyDelete
  4. X nk cari salah sape..wife or husband..coz bila di renungkan kembali..suatu perbalahan dtg dr ke2-2 blah pihak..x kn terjadi if sblh pihak shja y terkadang kita x nmpak ap salah y kita lakukan..it means that if this happends..kne duk bincang n muhasabah diri..coz balasan akn berlaku di atas kesilapan kita y di bayar cash di dunia..

    ReplyDelete
  5. mmm takutnya bler benda mcmne akan berlaku kat kita..
    pape2 pow same2 la kita ambil ikhtibar..
    insya allah kita akan dijaohkan dari benda mcmne.. Amin..
    mcm da kwin je..he he he

    ReplyDelete