fb

Dec 23, 2010

Kuasa Ju-On ( Cik Ju ) post entri : Dari Meja Pengarang

Assalamualaikum Wr. Wb.


Entri kali ni tiada kaitan dengan kebahagiaan rumah tangga, jauh sekali tentang percintaan. Entri kali ni hanya untuk menulis satu kisah yang agak menarik untuk saya kongsikan bersama dan renungkan semula kelemahan saya ini. Mungkin saya tidak sedar selama ini saya bukanlah seorang bloggest yang beretika. walau telah menceburi dunia bloggest sejak tahun 2008 hinggalah blog www.erticinta.com saya itu ditamatkan khidmatnya.


Baru kini saya tersedar yang selama ini saya telah pun mencabuli hak jika saya kenang balik kata2 cik ju itu. Mungkin niat saya hanya ingin berkongsi, dan saya membaca semua artikel yang sesuai serta mencari setiap blog dan forum. walau ada yang saya ubah mengikut kesuaian. Tetapi saya terlupa untuk meletakkan sumber.


Walau pada awalnya Maksud membuat blog ini sebagai wahana komunikasi bertukar fikiran dengan para blogger, menciptakan suatu media untuk berbagi dan berkongsi artikel, cerita, tips dan lain-lain agar lebih bermanfaat sebagaimana telah diriwayatkan dari


Abu Hurairah Radhiyallahu’anhu bahwa Rasulullah Shallallahu’alaihi wasallam bersabda, “Apabila seorang anak Adam meninggal, maka akan terputus amalannya kecuali tiga perkara : shadaqoh jariyah, atau ilmu yang bermanfaat, atau anak shalih yang mendoakan kepadanya”.


Ceritanya begini, Malam ni saya telah mencari bahan untuk blog saya ini, Namun ketika saya mencari bahan yang sesuai untuk saya kongsikan bersama. Saya tertarik satu chat di mix tentang cik ju yang mengamuk. Untuk mengetahui kisah yang lebih lanjut lalu saya menziarahi blog sembang kosong yang telak diamukkan oleh cik ju.



Saya terus terpaku. Bagaikan perang mulut di dewan rakyat. Dan telahan saya pula kalaulah pertengkaran ini berlaku di luar dunia siber. Apatah lagi yang melibatkan banyak pihak. Mesti telah berlaku pergaduhan tidak mustahil sampai ada yang cedera atau terbunuh. Itulah api kemarahan kita, emosi kita yang telah menguasai kewarasan. Akan hilang segala pertimbangan.


Teruk juga kawan2 dan sahabat bloggest yang ikhlas menegur kena maki dan hamun. Saya hanya terdiam. Tidak tahu untuk komen apa. Namun saya pergi melihat blog cik ju. http://kuasa-ju-on.blogspot.com/ bila terlihat tajuk blog tu je bagaikan tajuk itu sendiri mengandungi satu simbolik. Kuasa, adalah sesuatu yang bisa mengubah. Jadi blog itu dijadikan sandaran seolah olah pemilik blog itu mahu mengubah cara kita berblog khususnya diri saya sendiri.


Malah saya merasakankan blog kuasa ju on itu bukanlah blog yang sebenar. Tetapi sebagai satu topeng buat cik ju. Siapakah sebenarnya cik ju? mengapa dia bertindak begitu? atau ada satu konspirasi yang ingin mengubah kita? Walau apa pun tanggapan kita pada cik ju. Saya tidak mahu menyokong mana2 pihak. Kerana saya juga seorang pesalah dalam hal ini. Maka saya hanya mengambil iktibar dari kejadian malam ni.



Siapa pun yang sebenarnya cik ju, dan walau apapun motif terbinanya blog kuasa ju on yang menjadi tanda tanya. Saya memohon maaf sekiranya ada entri di dalam blog ini yang telah mencabuli dan mengambil hak tanpa izin dari penulis asal. Niat saya hanya mengambil ilmu tentang rumah tangga. Untuk dikongsikan bersama.


Semoga apa yang saya tuliskan pada entri kali ini. Sekiranya ada mana2 pihak yang tidak berpuas hati dengan entri saya. Bolehlah nyatakan pada saya. Dan saya akan kreditkan sumber entri itu atas nama penuntut. Sekian saja dari saya. Semoga ukhwah yang terjalin di dunia siber ini kekal dan membawa kebaikan. Moga kita juga dapat bersaudara di alam realiti. InsyaAllah...


Dan silakan juga kalau ada yang ingin mengkopi artikel pada blog ini untuk di bagi ke rakan lain. Jazakallah khairan katsiro, semoga bermanfaat, mohon maaf kalau ada yang salah.
Wassalamualaikum Wr. Wb.

3 comments:

  1. memang fenomena Ju ni panas sgt...tp ari ni lagi best, ada sambungan lagi...muncul watak baru iaitu @kassim yg mengatakan @shah87 dan @ju adalah orang yang sama....mmg misteri la...

    ReplyDelete
  2. perhh..memang berbisa si ju-on tu..fenomena baru dlm blogging..jap lagi mesti meletop dia tu. ahaks..

    Jejaka Terhangat: BloG Aku, Suka Hati Aku La..!!

    ReplyDelete
  3. deqdeq: saya juga rasa begitu. tapi lebih baik saya diamkan je. Blog saya pun bukan blog yang baik. Yang baik itu dari Allah, Yang buruk itu dari kelemahan saya sendiri.

    JT: memang dah meletup pun. macam satu gunung berapi mencetus tsunami..

    ReplyDelete