fb

Dec 25, 2010

Lelaki idamanku : Dari hati seorang wanita...


 

Lelaki Acuan Al-Quran
Ialah Seorang Lelaki Yang Beriman
Yang Hatinya Disaluti Rasa Taqwa Kepada Allah SWT

Yang Sentiasa Haus Dengan Ilmu
Yang Sentiasa Dahaga Dengan Pahala
Yang Solatnya Adalah Maruah Dirinya

Yang Tidak Pernah Takut Berkata Benar
Yang Tidak Pernah Gentar Untuk Melawan Nafsu
Lelaki Acuan Al-Quran Ialah Lelaki Yang Menjaga Tuturkatanya

Yang Tidak Bermegah Dengan Ilmu Yang Dimilikinya
Yang Tidak Bermegah Dengan Harta Dunia Yang Dicarinya
Yang Sentiasa Berbuat Kebaikan Kerana Sifatnya Yang Pelindung

Yang Mempunyai Ramai Kawan Dan Tidak Mempunyai Musuh Yang Bersifat Jembalang
Lelaki Acuan Al-Quran Ialah Lelaki Yang Menghormati Ibubapanya

Yang Sentiasa Berbakti Kepada Kedua Orang Tua Dan Keluarga
Yang Bakal Menjaga Keharmonian Rumahtangga
Yang Akan Mendidik Anak-Anak Dan Isteri Mendalami Agama Islam

Yang Mengamalkan Hidup Penuh Kesederhanaan
Kerana Dunia Baginya Adalah Rumah Sementara Menunggu Akhirat
Lelaki Acuan Al-Quran Sentiasa Bersedia Untuk Agamanya

Yang Hidup Di Bawah Naungan Al-Quran Dan Mencontohi SifatRasulullah SAW
Yang Boleh Diajak Berbincang Dan berbicara
Yang Sujudnya Penuh Kesyukuran Dengan Rahmat Allah Ke Atasnya
Lelaki Acuan Al-Quran Tidak Pernah Membazirkan Masa

Matanya Kepenatan Kerana Kuat Membaca
Yang Suaranya Lesu Kerana Penat Mengaji Dan Berzikir
Yang Tidurnya  Lena Dengan Cahaya Keimanan
Bangun Subuhnya Penuh Dengan Kecerdasan

Kerana Sehari Lagi Usianya Bertambah Penuh Kematangan
Lelaki Acuan Al-Quran Sentiasa Mengingati Mati
Yang baginya Hidup Di Dunia Adalah Ladang Akhirat
Yang Mana Buah Kehidupan Itu Perlu Dibajai Dan Dijaga

Meneruskan Perjuangan Islam Sebelum Hari Kemudian
Lelaki Acuan Al-Quran Ialah Lelaki Yang Tidak Mudah Terpesona
Dengan Buaian Dunia
Kerana Dia Mengimpikan Syurga
Di Situlah Rumah Impiannya
Bersama Wanita Acuan Al-Quran.





Dari bancian penduduk Malaysia 2009 golongan wanita melebihi lelaki dengan nisbah 5:1. Jadi banyaknya wanita dari lelaki di negara ini. Peratus wanita yang belum berkahwin juga meningkat kerana sibuk mengejar kerjaya sehingga terlupa memikirkan untuk mendirikan rumahtangga.



Dari segi ekonomi banyak wanita menyertai perniagaan berbanding lelaki. Di pusat pengajian tinggi pun ramai penuntut wanita berbanding lelaki. Jika kita ambil contoh di sekolah berbanding guru lelaki dan wanita, yang banyaknya guru wanita. Di sekolah tempat isteriku mengajar, banyak andartu yang masih belum berkahwin. Mungkin tiada jodoh lagi ke? atau terlalu memilih calon suami kerana ingin mendapat lelaki pilihan. Takut-takut umur mencecah 50 tahun baru nak bertemu jodoh. 

Mungkin lelaki akan pupus atau kurang jumlah jika di hospital bersalin di seluruh Malaysia, banyak bayi perempuan dilahirkan berbanding bayi lelaki. Di akhir zaman nanti golongan wanita melebihi lelaki. Walaupun jumlah wanita melebihi jumlah lelaki, golongan wanita bukan jenis tangkap muat dalam memilih lelaki sebagai teman hidup. Ada kalanya ibubapa pening kepala dengan anak-anaknya dalam soal memilih jodoh. Terlalu memilih. Ada saja yang tak berkenan dihati.

Lelaki yang sempurna terlalu kurang, Jika penampilannya kacak sangat pun risau juga golongan wanita nak buat suami. Takut-takut dapat suami “Romeo”. Makan tak habis, merana diri dengan lelaki begini. Tapi carilah lelaki yang sederhana kacaknya dan bertanggungjawab dalam urusan rumahtangga, pada anak-anak dan yang penting sekali cari yang lelaki beriman dengan Allah SWT. Ciri-ciri lelaki idaman anda adakah yang begini mengikut pilihan anda! Semuga anda bertemu dengan lelaki pihan anda.

Inilah sebahagiaan sifat lelaki yang didambakan oleh seorang wanita.... Mungkin untuk menjadi seorang lelaki seperti yang diimpikan adalah kita tidak mampu melakukan. Kerana telah fitrah manusia tiada yang sempurna kejadiaan walaupun kita sebagai manusia adalah yang sebaiknya ciptaan. Namun tidak salah rasanya kita cuba menjadi 50 peratus atau lebihseorang lelaki yang mempunya ciri2 lelaki impian..






Lelaki idaman saya adalah…
Seorang lelaki yang beriman…
Yang hatinya disaluti rasa takqwa kepada Allah…
Yang jiwanya penuh penghayatan terhadap Islam…
Yang sentiasa haus dengan ilmu…
Yang sentiasa dahaga akan pahala…
Yang solatnya adalah maruah dirinya…
Yang tidak pernah takut untuk berkata benar…
Yang tidak pernah gentar untuk melawan nafsu…
Yang sentiasa bersama kumpulan orang-orang yang berjuang di jalan Allah…

Lelaki idaman saya adalah…
Lelaki yang menjaga tuturkatanya…
Yang tidak bermegah dengan ilmu yang dimilikinya…
Yang tidak bermegah dengan harta dunia yang dicarinya…
Yang sentiasa berbuat kebajikan kerana sifatnya yang penyayang…
Yang mempunyai ramai kawan dan tidak mempunyai musuh yang bersifat jembalang…

Lelaki idaman saya adalah…
Lelaki yang menghormati ibunya…
Yang sentiasa berbakti kepada kedua orang tua dan keluarga…
Yang akan mendidik isteri dan anak-anak mendalami Islam…
Yang mengamalkan hidup penuh kesederhanaan…
Kerana dunia baginya adalah rumah sementara menuju akhirat…

Lelaki idaman saya…
Sentiasa bersedia untuk menjadi imam…
Yang hidup dibawah naungan Al-Quran dan mencontohi sifat Rasulullah…
Yang boleh diajak berbincang dan berbicara…
Yang menjaga matanya dari berbelanja…
Yang sujud penuh kesyukuran dengan rahmat Allah keatasnya…

Lelaki idaman saya…
Tidak pernah membazirkan masa…
Matanya kepenatan kerana penat membaca…
Suaranya lesu kerana penat mengaji dan berzikir…
Tidurnya lena dengan cahaya keimanan…
Bangunnya subuh penuh kecergasan…
Kerana sehari lagi usianya bertambah penuh kematangan…

Lelaki idaman saya…
Sentiasa mengingati mati…
Yang baginya hidup di dunia adalah ladang akhirat…
Yang mana buah kehidupan itu perlu dibaja dan dijaga…
Agar berputik tunas yang bakal menjadi baka yang baik…
Meneruskan perjuangan Islam sebelum hari kemudian…

Lelaki idaman saya adalah…
Lelaki yang tidak terpesona dengan buaian dunia…
Kerana dia mengimpikan syurga…
Di situlah rumah idamannya…
Dan dia ingin membawa saya bersama…
Dialah lelaki idaman saya…

Tunggu Lelaki Idaman : 

1 comment:

  1. seronok dan indahnya kehidupan punyai lelaki idaman sebegitu..tpi,bagaimana pula jika wanita y terpilih u membimbing seorng lelaki??jodoh dan ketentuan hanya Allah y Maha Mengetahui..

    ReplyDelete