fb

Mar 26, 2013

Hati ini berbunga indah seandainya

Hati ini berbunga indah seandainya seandainya

Jika Allah memilih mu untuk ku
Ku panjatkan kesyukuran hanya kepada Mu Ya Allah
Kerana telah Kau ciptakan dia untuk ku

Jika Allah memilih mu untuk ku
Aku dapat merasakan kesyahduan itu
Dalam setiap denyutan jantungku
Aku merasakan keindahan cinta itu
Kerana telah Kau ciptakan dia untuk ku

Jika Allah memilih mu untuk ku
Aku melihat cahaya iman di wajah mu
Aku melihat langkah seorang srikandi di balik bayang mu
Aku melihat semangat perjuangan di balik senyuman mu
Alangkah indahnya ciptaan Allah
Kerana telah Kau ciptakan dia untuk ku

Jika Allah memilih mu untuk ku
Aku kenali erti rindu
Aku selami lautan sepi
Aku renangi lautan pasrah
Lalu ku simpulkan benang rindu dan sepi itu
Menjadi tautan kasih ku kepada Mu Ya Allah
Kerana telah Kau ciptakan dia untuk ku

Jika Allah telah memilih mu untuk ku
Aku diajar erti pengorbanan
Aku diajar erti keikhlasan
Aku diajar erti ketulusan
Pengorabanan, keikhlasan dan ketulusan
Kini menjadi azimat untuk aku terus tersenyum
Kerana Allah telah memilih mu untuk ku

Jika Allah telah memilih mu untuk ku
Telah ku sedari kini
menyintai mu bukan bererti memiliki mu
Telah ku sedari kini
Merindui mu bukan bererti harus ada di sisi mu
Telah ku sedari kini
Menyayangi mu bukan bererti sentiasa bersama mu
Kerana Allah telah memilih mu untuk ku

Jika Allah memilih mu untuk ku
Demikian Allah ciptakan pelangi
Keindahan pelangi sering dipuji
Kehadiran pelangi sering dinanti
Itulah pelangi
Demikan Kau ku ibaratkan
Kerana Allah telah memilih mu untuk ku

Untuk aku lebih mengenali apa itu CINTA
CINTA SUCI
CINTA SEJATI
CINTA HAKIKI
CINTA ABADI
HANYA KEPADA ALLAH DAN RASUL-NYA





1 comment:

  1. King of Slot | Shootercasino
    King of Slot | Shootercasino - Enjoy the casino's latest slots games and get exclusive bonuses with over 5000 온카지노 free spins. Sign 제왕카지노 up now! 바카라 사이트

    ReplyDelete