fb

Jun 14, 2013

COUPLE ISLAMIK??? WUJUDKAH??

Sebuah cerita mengenai ‘islamic couple’. Sepasang kapel yang kononnya mengelarkan mereka adalah ‘islamic kapel ‘. Setiap hari mereka hanya ber’sms’ tentang islam. Kalau berhubung di talian pun hanya membicarakan tentang islam sahaja.

Pasangan lelaki sentiasa memakai kopiah dan pasangan perempuan sentiasa menutup aurat. Tatkala ber’dating’ pastinya ditempat yang penuh khalayak ramai,sambil membaca Al-quran bersama. Kalau makan pun di restoran sambil menunggu makan pasangan ini akan membaca Al-quran.

Tibalah suatu hari ketika pasangan ini sedang menikmati juadah di restoran yang penuh dengan orang ramai, datang seorang muallaf cina yang baru memeluk islam meminta izin kepada pasangan ini untuk menumpang meja makan mereka kerana meja sudah penuh di restoran tersebut.

Perbualan antara muallaf dengan pasangan lelaki pun bermula.

Muallaf: wah hebat nya kamu berdua!! Belum pernah saya melihat pasangan suami isteri yang sambil menunggu makan membaca Al- quran.
Pasangan Lelaki: Tidak kami bukan pasangan suami isteri, cuma kami adalah “Islamic Kapel”.
Muallaf: Biar Betul? Kamu ini “Islamic Kapel”!!(Ternyata kehairanan)
Pasangan Lelaki: Ya betul! Kami nie ‘Islamic Kapel ‘. Setiap hari kami akan peringati masing-masing supaya tidak lupa solat! Bangun tahajud di malam hari! Baca al-quran!
Muallaf: Wah! Saya teringat masa mula saya masuk Islam ternyata saya tak boleh meninggalkan makanan kegemaran saya iaitu daging khinzir, sehingga seminggu pertama saya masuk Islam saya jatuh sakit kerana tidak memakan daging khinzir. Selepas keluar dari hospital saya ke kedai dan membeli seekor anak khinzir yang baru lahir, saya azan di telinga kanan dan iqamat di telinga kirinya serta setiap hari saya akan membersihkannya, menyamak agar suci dan memberi makanan2 yang halal sehinggalah dia berumur 2 tahun maka saya sembelihkan khinzir itu. Ketika ingin saya menyembelih khinzir itu dihalaman rumah saya secara kebetulan seorang ustaz lalu dan berkata ah chong apa yang kamu lakukan itu? Maka saya jawab ini ‘Islamic Khinzir’ ustaz kerana saya dah azan, samak dan sembelihnya. Maka jawab ustaz itu tidak ada Islamic Khinzir dalam Islam yang haram tetap haram.

Begitulah kisah perkara yang haram tidak boleh dihalalkan, sekiranya couple ada di dalam Islam mengapa Allah menyuruh kita untuk berkahwin? Padahal kahwin itulah sebagai jalan yang selamat apabila kita menyintai pasangan kita...

Semoga bermanfaat.. ^_^

No comments:

Post a Comment