"Wahai Tuhan kami, berilah kami beroleh dari isteri-isteri dan zuriat keturunan kami: perkara-perkara yang menyukakan hati melihatnya, dan jadikanlah kami imam ikutan bagi orang-orang yang (mahu) bertaqwa."
Apr 13, 2013
Rasulullah dan 8 dirham yang berkat.
memperhatikan bajunya dengan cermat, baju
yang tinggal satu-satunya itu ternyata sudah
usang. Dengan rizki uang delapan dirham, beliau
segera menuju pasar untuk membeli baju.
Di tengah perjalanan, beliau bertemu dengan
seorang wanita yang sedang menangis. Ternyata
ia kehilangan uangnya. Dengan kemurahan hati,
beliau memberikan 2 dirham untuknya. Tidak
hanya itu, beliau juga berhenti sejenak untuk
menenangkan wanita itu.
Setelah itu, Rasulullah SAW lalu melangkah ke
pasar. Beliau langsung mencari barang yang
diperlukannya. Dibelinya sepasang baju dengan
harga 4 dirham lalu bergegas pulang. Di tengah
perjalanan, beliau bertemu dengan seorang tua
yang telanjang. Dengan iba, orang itu memohon
sepotong baju yang baru dibelinya. Karena tidak
tahan melihatnya, beliau langsung memberikan
baju itu. Maka kembalilah beliau ke pasar untuk
membeli baju lagi dengan uang tersisa 2 dirham,
tentu saja kualitasnya lebih kasar dan jelek dari
sebelumnya.
Ketika hendak pulang lagi, Rasulullah SAW
kembali bertemu dengan wanita yang menangis
tadi. Wanita itu nampak bingung dan gelisah. Ia
takut pulang karena khawatir dimarahi
majikannya akibat sudah terlambat. Dengan
kemuliaan hati beliau, Rasul langsung
menyatakan kesanggupan untuk
mengantarkannya.
”Assalamu’alaikum warahmatullah”, sapa
Rasulullah SAW ketika sampai rumah majikan
wanita itu. Mereka yang di dalam semuanya
terdiam, padahal mendengarnya. Ketika tak
terdengar jawaban, Rasulullah SAW memberi
salam lagi dengan keras. Tetap tak terdengar
jawaban. Rasul pun mengulang untuk yang ketiga
kalinya dengan suara lantang, barulah mereka
menjawab dengan serentak.
Rupanya hati mereka diliputi kebahagiaan
dengan kedatangan Nabi. Mereka menganggap
salam Rasulullah SAW sebagai berkah dan ingin
terus mendengarnya. Rasulullah SAW lalu
berkata,”Pembantumu ini terlambat dan tidak
berani pulang sendirian. Sekiranya dia harus
menerima hukuman, akulah yang akan
menerimanya”. Mendengar ucapan itu, mereka
kagum akan akan budi pekerti beliau. Mereka
akhirnya menjawab, “Kami telah memaafkannya,
dan bahkan membebaskannya.”
Budak itu bahagia tak terkira, tak terhingga rasa
terima kasihnya kepada Rasul. Lalu ia bersyukur
atas karunia Allah SWT atas kebebasannya.
Rasulullah SAW pulang dengan hati gembira
karena satu perbudakan telah terbebaskan
dengan mengharap ridha Allah SWT. Beliau pun
berujar,”Belum pernah kutemui berkah 8 dirham
sebagaimana hari ini. Delapan dirham yang
mampu menenteramkan seseorang dari
ketakutan, memberi 2 orang yang membutuhkan
serta memerdekakan seorang budak”.
Demikian kisah Rasulullah dengan 8 dirhamnya
yang menjadi berkah. Meski hidup sederhana,
beliau sangat murah hati dan banyak bersedekah.
Suatu sikap mulia dan semoga kita bisa berusaha
meneladaninya.
Kisah Rasulullah SAW dan Delapan Dirham Penuh Berkah
Apr 6, 2013
Fenomena nikah gantung.
Alhamdulillah, Segala puji bagi Allah
S.W.T, Pemilik alam keseluruhannya.
Selawat dan salam ke atas junjungan
besar kita, Nabi Muhammad S.A.W,
Rasul-Nya dan penutup para nabi
Allah.
Mukadimah
Kebelakangan ini, sering ternampak
di laman-laman sosial, laman-laman
tarbiah, blog dan bermacam medium
maklumat artikel berkaitan Nikah
Gantung atau lebih dikenali oleh
masyarakat zaman kini sebagai Nikah
Khitbah. Namun sepanjang
pemerhatian saya mengenai Nikah
Khitbah ini, jarang saya temukan
artikel yang membicarakan secara
terperinci mengenai perbahasan
hukum di sebalik ‘Nikah Khitbah’
Istilah ‘Nikah Khitbah’ terdiri daripada
dua perkataan, iaitu Nikah dan
Khitbah. Nikah sepertimana yang kita
semua sedia maklum secara
umumnya ialah menghimpunkan
seorang lelaki dan seorang wanita di
dalam satu ikatan atau akad yang
syarie. Manakala ‘Khitbah’ secara
umumnya pula merujuk kepada
pertunangan. Timbulnya penamaan
ini kerana adat orang Arab di negara
Jordán khususnya mengistilahkan
perkahwinan dengan akad tanpa
walimah sebagai ‘Khitbah’. Dan
pernikahan seperti ini tidak silap
saya terkenal di kalangan orang
Melayu sebagai nikah gantung.
WaAllahua3lam.
Nikah Khitbah BUKAN Sejenis
Pernikahan?
Ya! Mari kita jadikan artikel ini sedikit
santai. Nikah Khitbah bukanlah
sejenis pernikahan. Tidak seperti
Nikah Misyar yang menggugurkan
beberapa hak isteri dengan kerelaan
isteri, Nikah Mutaah yang berasaskan
kontrak, Nikah Syighar yang
digugurkan daripadanya syarat akad
yang sahih seperti pengguguran
mahar atau jenis-jenis pernikahan
yang lain.
Adapun Nikah Khitbah ini sebenarnya
ialah sebahagian fasa daripada
perkahwinan biasa. Perkahwinan
dengan akad yang sahih serta cukup
syarat-syaratnya. Ringkasnya, Nikah
Khitbah ini ialah satu istilah yang
dinamakan (di-itlak-kan) kepada fasa
pertama perkahwinan. Fasa pertama
perkahwinan?
Fasa-Fasa Perkahwinan
Fasa perkahwinan ini saya mulakan
daripada termeterainya akad
perkahwinan. Andaikan perkahwinan
ini seperti seutas tali. Hamparkan
dan tandakan kepada 3 bahagian.
Mula, tengah dan penghujung. Mula
ialah akad, tengah ialah nafkah,
manakala akhir letakkan syurga
sebagai doa [insyaAllah]. Setelah
dibahagikan begini, akan terdapat 2
bahagian. Bahagian pertama ialah
antara akad dan nafkah (iaitu mula
dan tengah), dan bahagian kedua
ialah nafkah dan syurga (tengah dan
penghujung). Bahagian pertama saya
namakan sebagai Fasa Pertama, dan
bahagian kedua saya namakan Fasa
Kedua. Pada Fasa Pertama inilah
yang dinamakan oleh sebahagian
besar kita sebagai Nikah Khitbah
ataupun nikah gantung.
Kenapa Perlu Berfasa-fasa Pula?
Mungkin ada tertanya kenapa perlu di
asingkan kewajiban nafkah daripada
akad. Bukankah dengan berlakunya
akad, maka nafkah pun menjadi wajib
ke atas suami? Dalam satu pendapat
fiqh yang bermazhab zohiri, ya.1
Tetapi, ulama’ mazhab yang empat
telah meletakkan beberapa syarat
yang mesti dipenuhi sebelum
kewajiban nafkah itu beralih kepada
suami. Ini berdalilkan perbuatan
Rasulullah S.A.W. selepas Baginda
mengahwini Saidatina Aisyah R.A..
Baginda tidak menafkahi Saidatina
Aisyah dengan kewajiban nafkah ini
sehingga berlalu beberapa tahun usia
perkahwinan Baginda dan Saidatina
Aisyah.2 Iaitu selepas Baginda
mendatangi Saidatina Aisyah R.A.
serta saidatina berpindah untuk
tinggal bersama Baginda, Rasulullah
S.A.W ketika berusia 9 tahun.
Selain itu, antara faktor yang
menyebabkan ulama’ meletakkan
syarat-syarat yang perlu dipenuhi
untuk berpindah nya kewajiban
nafkah itu ke atas suami ialah
permasalahan Nusyuz. Kerana nafkah
itu digugurkan dengan sebab
berlakunya nusyuz, sedangkan ketika
ini akad masih lagi wujud antara
suami dan isteri. Maka dengan itu,
akad dan nafkah dipisahkan. Dalam
erti kata lain, sempurnanya akad
tidak lagi mewajibkan nafkah.
Syarat Wajib Nafkah
Saya kira, para pembaca telah jelas
mengenai dua fasa pernikahan yang
telah saya nyatakan di atas. Dalam
beberapa pembacaan yang saya
lakukan, saya temukan beberapa
pecahan yang membincangkan
pendapat ulama’ mazhab dalam
permasalahan ini. Saya akan
dahulukan penerangan yang
dibawakan dalam kitab Fiqh Sunah –
Sayid Sabiq – dalam permasalahan
ini, kemudian diikuti pecahan yang
saya dapati dalam kitab Mausu3h Al-
Fiqhiyah Al-Kuwaitiyah. InsyaAllah.
Dalam kitab Fiqh Sunah, pengarang
meletakkan 5 syarat yang mesti
dilengkapi, disempurnakan untuk
diwajibkan nafkah
1) Mestilah akad nikah itu akad yang
sahih.
2) Suami mampu untuk berseronok
dengan isteri.
3) Mestilah suami dan isteri itu dari
ahli istimta’.
4)Isteri mestilah menyerahkan dirinya
kepada suaminya.
5) Isteri menahan dirinya dari
berpindah, mengikut apa yang
dikehendaki suami. Melainkan, suami
menginginkan keburukan kepada
isteri dengan perpindahan itu.
Berkata lagi pengarang; Jika tidak
lengkap satu syarat daripada syarat-
syarat ini, maka nafkah itu tidak
wajib.3 WaAllahua3lam.
Seterusnya dinyatakan dalam Kitab
Mausu3ah Fiqhiyah Al-Kuwaityah
bahawa ulama’ telah berselisih
pendapat dalam menyatakan sebab-
sebab wajib nafkah ke atas isteri oleh
suami. Adakah diwajibkan dengan
akad semata ataupun akad bersama
tamkin dan penyerahan yang
sempurna? Padanya tiga pendapat
dan dijelaskan pendapat kebanyakan
ahli fiqh – jumhur fuqaha – Hanafiah,
Syafiyah dan Hanabilah ialah:
1) Mestilah seorang wanita yang
dewasa atau mampu untuk didatangi.
2) Hendaklah isteri menyerahkan
dirinya kepada suaminya bila-bila
masa yang diminta. Melainkan kerana
uzur syarie. – Penyerahan yang
sempurna, tamkin tam-
3) Mestilah nikah itu sahih bukan
fasad –tidak sah, yakni tidak
sempurna-.
Kemudian dijelaskan beberapa
perkara seperti berikut:
1) Anak perempuan muda yang tidak
mampu untuk didatangi, maka tiada
nafkah padanya.
2) Dan jumhur ulama’ tidak
mensyaratkan baligh ke atas suami
sebagai syarat wajib ke atasnya
nafkah. Bahkan diwajibkan ke atas
anak lelaki muda nafkah kepada
isterinya ketika sempurna syarat-
syarat yang telah disebutkan.4
WaAllahua3lam.
Tamkin : ialah penyerahan diri secara
sempurna, sama ada dengan
menyerahkan dirinya atau dengan
menzahirkan kesediaan untuk
menyerahkan dirinya kepada
suaminya di mana dia (isteri) tidak
menghalang ketika diminta oleh
suami. Sama ada didatangi suaminya
atau tidak. Dan sama ada isteri
mahupun walinya yang meminta
untuk bersama atau tidak.5 Manakala
dalam syarah yang lain dinyatakan
tamkin, yakni penyerahan mestilah
sempurna. Dan tidak dikira akan ia
jika penyerahan itu berlaku
semalaman sahaja (tidak sempurna),
atau di tempat tertentu. Maka tiada
nafkah ke atasnya.6
Ringkasan dan Kesimpulan
Secara keseluruhannya, dapat
dinyatakan bahawa Nikah Khitbah ini
adalah sebahagian daripada proses
pernikahan yang biasa dilakukan.
Cuma kurang difahami secara umum,
kerana kebanyakan daripada kita
menganggap dengan berlakunya akad
antara lelaki dan wali perempuan,
maka diwajibkan bersama ia nafkah
isteri ke atas suami. Dan
permasalahan ini sebenarnya telah
dibincangkan oleh ulama’ terdahulu,
cuma tidak dikhususkan istilah
seperti yang dilakukan pada zaman
ini, melalui istilah Nikah Khitbah.
Namun perlu diingatkan, semasa
proses akad, mahar adalah
diwajibkan. Kerana ia adalah hak
harta isteri yang wajib kepada
isterinya2-7 semasa proses akad
(dengan beberapa penjelasan).
Nafkah pula menurut ulama’ mazhab
memerlukan kepada beberapa syarat
yang mesti dipenuhi sebelum
menjadi wajib ke atas suami.
Penutup
Artikel ini tidaklah membincangkan
secara keseluruhan mengenai
permasalahan ini, lebih tertumpu
kepada syarat-syarat wajib nafkah.
Secara ringkas. Segala kekurangan
dalam artikel ini amatlah dikesali.
Sebarang teguran boleh diajukan
terus kepada saya, insya-Allah. Moga
dengan artikel terdapat sedikit
sebanyak manfaat bersama.
WaAllahua3lam.
Wan Syafirdaus Hariz bin Wan
Badarudin
Tahun 2 Ijazah Pengajian Islam,
Universiti Sidi Mohamed Ben
Abdellah,
Mar 27, 2013
Renungan buat bakal suami...
Tentunya pernikahan itu melewati proses AKAD-NIKAH bukan?
Yang maksudnya berbunyi ;
”aku terima nikahnya si dia binti ayah si dia dengan Mas Kahwinnya…”
Singkat, padat dan jelas. Tapi tahukan makna ‘perjanjian/ikrar” tersebut ?
Antara Ta'ruf dan kapel ada bezanya
Imam Qurthubi dalam menafsirkan firman Allah yang berkenaan dengan isteri-isteri Nabi, yaitu yang tersebut dalam surah al-Ahzab ayat 53, yang ertinya: “Apabila kamu minta sesuatu (makanan) kepada mereka (isteri-isteri Nabi), maka mintalah dari balik tabir. Kerana yang demikian itu lebih dapat membersihkan hati-hati kamu dan hati-hati mereka itu,”
JANGAN BERHENTI BERKENALAN : Buat renungan suami isteri
“Karipap pun sama…”suami menambah bicara tanpa sempat saya menjawab sepatah dua.
PERCERAIANBuat kesekian kalinya, usai membaca satu berita dari laman Berita Harian Online bertarikh 6 Oktober 2010 semalam, saya melepaskan satu keluhan yang cukup berat dan dalam. Membaca tajuk berita sahaja sudah cukup meresahkan jiwa. Masakan tidak, kandungan yang dipapar menggambarkan betapa gawat dan runcingnya institusi perkahwinan di kalangan masyarakat Islam dewasa kini.
“Kadar perceraian tinggi di Kuwait dilaporkan berterusan
selepas pihak berkuasa mendakwa 3,153 kes perceraian dicatatkan sepanjang enam
bulan pertama tahun ini.Jumlah keseluruhan perceraian dicatatkan 5,965
kes, tahun lalu. Sementara itu, bilangan perkahwinan pula menurun selepas pihak
berkuasa mencatatkan 6,914 perkahwinan pada enam bulan pertama tahun ini
berbanding 14,155 pada 2009.Bilangan perkahwinan dan kes perceraian menjadikan
kadar perceraian 42 peratus, antara yang tertinggi di dunia. ”
SALING MENGENALI
Saya yakin, mana-mana pasangan yang telah menempuh alam perkahwinan beberapa tahun lamanya pasti mengakui dengan penuh sedar bahawa cinta bukanlah segalanya di dalam rumahtangga.
Sungguhpun kalimah cinta sebelum pernikahan banyak menjadi penyebab bertautnya jiwa uda dan dara untuk melayari bahtera rumahtangga melalui pernikahan, namun ia tidak akan dapat bertahan lama andai tiada usaha dilakukan bagi memastikan bunga-bunga cinta yang telah bersemi di awal perkahwinan itu terus berkembang indah, hidup subur dan mewangi sentiasa.
“Luar dalam, semua dah tahu.” Demikian ungkapan yang selalu diwarwarkan.
PERUBAHANSikap ‘beranggapan’, mengagak atau menyangka bahawa suami atau isteri sudah mengenali pasangan masing-masing di depan mata adalah umpama racun yang boleh menghakis sedikit demi sedikit keharmonian dan keutuhan rumahtangga.
Manakala cinta yang menjalar secara perlahan-lahan seiring proses mengenali pasangan di sepanjang pelayaran bahtera perkahwinan, sangat berpotensi untuk lebih kekal dan kian mengental andai ditanggapi secara bijaksana, lantaran ia tumbuh dari ujian dan cabaran yang berencam bentuknya. Dari perasaan benci dan kasih yang bersilihganti, tawa dan tangis yang menambah makna yang akhirnya bersebati menjadi kasih sayang, menyemai kemesraan, rasa percaya sehingga menatijahkan hubungan yang bahagia, saling mengasihi dan menghargai.
MANUSIA BERUBAHHakikatnya, sangat sukar menemui seseorang yang dapat kekal dengan 'diri' yang sama selama hayatnya. Pertambahan usia, pengalaman hidup, perubahan persekitaran dan pertemuan dengan individu lain baik yang menjadi teman, rakan sekerja, jiran tetangga dan lain-lain mampu mengubah seseorang kepada ‘individu’ yang baru iaitu dengan merujuk kepada cara berfikir, keperibadian, kehidupan sosial bahkan sehingga gaya penampilan, cara bercakap dan seremeh panggilan nama juga turut mengalami perubahan.
Keadaan inilah yang memerlukan suami atau isteri untuk sentiasa‘up-to-date’ terhadap pasangannya. Jika lalai, leka dan memandang sebelah mata sahaja, maka sudah pasti sebarang perubahan yang berlaku akan menular menjadi satu masalah yang menggugat keharmonian rumahtangga, lebih-lebih lagi jika perubahan itu ketara menjurus ke arah negatif dan tidak selari dengan tuntutan ILAHI.
Oleh itu, sebelum meletakkan 'orang ketiga' sebagai punca perbalahan, sudah takdir dan tiada jodoh menjadi alasan, lakukan muhasabah diri terlebih dahulu. Andai diimbal balik sebab dan punca sebenar masalah yang berlaku kemungkinan ia bermula dari kelekaan untuk mengenali dan memahami pasangan.Insafilah selalu, bahawa setiap manusia sememangnya diciptakan berbeza (termasuk suami isteri) dengan manfaat dan ruang untuk bertaaruf ( saling mengenal ) di antara mereka. Firman ALLAH SWT :
يَا أَيُّهَا النَّاسُ إِنَّا خَلَقْنَاكُمْ مِنْ ذَكَرٍ وَأُنْثَى
وَجَعَلْنَاكُمْ شُعُوبًا وَقَبَائِلَ لِتَعَارَفُوا إِنَّ أَكْرَمَكُمْ عِنْدَ
اللَّهِ أَتْقَاكُمْ إِنَّ اللَّهَ عَلِيمٌ خَبِيرٌ ٌ
Seiring berlalunya waktu, kehidupan di dalam perkahwinan akan beransur menjadi suatu rutin yang biasa, dengan suami atau isteri merasa bahawa seharusnya pasangannya sudah tahu apa yang diinginkan oleh diri masing-masing.
Pada saya, tanggapan ini kurang tepat. Seharusnya, suami dan isteri tetap perlu terus mengenali khususnya melalui komunikasi yang lancar dan saling terbuka. Sentiasa berkongsi cerita, serta menyatakan keinginan tanpa perlu berahsia, seterusnya berusaha untuk saling mengoptimumkan kelebihan masing-masing demi kerukunan perhubungan di samping tidak lupa memuhasabah kekurangan yang ada dan bersedia menerima kesilapan sendiri tanpa memanjangkan perdebatan atau merasa sakit hati.
JANGAN BERHENTI BERKENALAN“Hmm, nampaknya kena cari resepi baru ni. Alamak…alamak..” gurau saya masih bernada cemas. Sengaja. Perkataan ‘alamak’ itu saya sebut kuat-kuat. Biar jelas menerobos ke corong telinga.
Sayang dan menghargai suami, seleranya perlu dijaga. Itu pegangan saya.
“Tapi abang masih minat dengan soto. Daging masak hitam pun sama,” jelas suami tanpa dipinta. Seakan memahami gelodak rasa yang bermain di jiwa saya.
Saya melirik ke arah suami. Melihat senyumannya yang melebar tatkala menatap wajah saya yang agak berkerut, cepat-cepat saya mengalihkan pandangan ke kaca TV. Namun di dalam hati, saya tersenyum lega.
Alhamdulillah…
Terima kasih abang kerana membantu diri ini untuk terus mengenalimu…
Mencari dan terus mencari cinta ILAHI.