fb

Dec 14, 2010

Bagaimana cinta itu kekal hingga ke akhir hayat????

Mengapa sering berlaku kata cinta yang diluahkan pada awal pertemuan akan pudar apabila nampak yang lain. kalau belum kahwin lain kes lah. tapi ada yang sudah berumah tangga, beranak cucu kalau tak cerai pasangan suami dan isteri tidak lagi mesra seperti pada mula perkenalan. yang lagi teruk si suami dan isteri tidak mau tidur sama2. kadang si suami di bilik lain dan si isteri di bilik lain tapi masih dalam satu rumah......siapa ada pendapat???????



Bagi saya situasi seperti ini telah banyak berlaku di dalam hidup berumah tangga. Luahan kata cinta diawal pertemuan, pudar sesudah berumah tangga. Perkara ini terjadi disebabkan banyak perkara. Disini saya bicarakan sebahagiaan perkara yang mempengaruhi perasaan cinta kita setelah berumah tangga.

Cinta monyet atau cinta hanya suka suka. Ketika melayani alam cinta yang mengasyik kan, terjadi sesuatu perkara yang memaksa mereka mendirikan rumah tangga, wal hal mereka belum lagi bersedia untuk melalui alam ini. Setelah berumah tangga, sudah tentu banyak masalah yang dihadapi yang tidak dapat mereka selesaikan bersama. Semua ini akan mula mengundang perbalahan dan akhirnya timbul rasa saling membenci. Jika perkara ini berlanjutan, pasti cinta itu akan pudar untuk selamanya.

Cinta pudar setelah jumpa mata air baru. Yang ini boleh diketegorikan sebagai Belum puas bujang. Walau pun rumatangga tidak bermasala namun mereka tetap akan beralih cinta pabila menemui cewek/pakwe baru dan cinta lama terus ditinggalkan. Oleh itu jangan kahwin andai nya anda belum puas membujang.

Kahwin atas dasar cinta sama cinta, suka sama suka tetapi cinta itu pudar juga setelah punya anak. Selalunya perkara ini terjadi disebabkan tiada persefahaman, tiadanya tolak ansur, dan tiada yang mahu mengalah dalam segala hal. Sikap mahu menang sendiri, menganggap dirinya sahaja yang betul, suami atau isteri nya selalu dianggap salah. Akhir nya mereka tak tidur sebilik walau pun tinggal serumah.

Sebenar nya dalam diri mereka ini mesih ada perasaan sayang tetapi oleh kerana sikap yang ada pada mereka itu tadi masih bertapak di hati masing-masing maka keadaan akan terus berkekalan demikian. Mungkin ini masih boleh dianggap baik sedikit berbanding mereka yang mencari pasangan atau kehidupan baru dan meninggalkan anak bersama isteri atau anak bersama suami sendirian.

Tidak dinafikan juga bahawa sex menjadi punca mengapa cinta itu kian pudar. Boleh dikatakan bahawa sex itu penting dalam menjaga keutuhan cinta sesuatu pasangan selain keperluan yang lain. Ada diantara suami atau isteri itu sebenarnya masih mampuh melakukan hubungan ini tetapi disebabkan ada diantara mereka yang menganggap sex itu tidak lagi penting sedangkan pasangan nya masih mengharapkan hubungan dari suami atau isteri, maka tidak mustahil diantara mereka akan termakan umpan yang terdapat begitu banyak diluar sana. Jika iman seseorang itu teguh, mungkin mereka tidak akan melakukan nya tetapi jika yang tidak pula, apa akan jadi?

Ada juga mereka yang bercinta dan terus berumahtangga tetapi akhirnya hancur semula disebabkan oleh sikap mak bapak mentua yang suka mencampuri hal ehwal kehidupan pasangan. Lebih-lebih lagi jika menantu tersebut bukan pilihan nya, pasti ada saja kesilapan yang dicari untuk dibesar-besarkan.

Cinta itu akan teguh sehingga ke akhir hayat seandainya pasangan itu mempunyai sikap:

1. Saling memerlukan.
2. Tidak meninggikan suara ketika membuat teguran.
3. Bertolak ansur dalam menyelesaikan permasalahan.
4. Tidak memperbesar-besarkan kesilapan kecil.
5. saling memaaf kan.

Berdoa la agar cinta anda berdua akan terus kekal hingga ke akhir hayat dan berusaha la untuk menjadikan nya kenyataan.

No comments:

Post a Comment