fb

Dec 28, 2010

Fahami Asas Perkahwinan

Perkahwinan merupakan keperluan fitrah setiap manusia yang memberikan banyak manfaat, di antaranya adalah: Pembentukan sebuah keluarga yang di dalamnya seseorang dapat menemukan kedamaian fikiran. Orang yang tidak berkahwin bagaikan seekor burung tanpa sarang. Perkahwinan merupakan perlindungan bagi seseorang yang merasa seolah-olah hilang di belantara kehidupan; orang dapat menemukan pasangan hidup yang akan berbahagi dalam kesenangan dan penderitaan. Ghairah seksual merupakan keinginan yang kuat dan juga penting. 

Setiap orang harus mempunyai pasangan untuk memenuhi keperluan seksualnya dalam lingkungan yang aman dan tenang. Orang harus menikmati kepuasan seksual dengan cara yang benar dan wajar. Orang-orang yang tidak mahu berkahwin seringkali menderita ketidakaturan baik secara fizikal mahupun psikologi. Ketidakaturan semacam itu dan juga persoalan-persoalan tertentu merupakan akibat langsung dari penolakan golongan muda terhadap perkahwinan. Reproduksi atau sebagai wadah untuk melangsungkan keturunan. 

Melalui perkahwinan, perkembangbiakan manusia akan berterusan. Anak-anak adalah hasil dari perkahwinan dan merupakan faktor-faktor penting dalam memantapkan asas keluarga dan juga merupakan sumber kebahagiaan sejati bagi ibu bapa mereka. Di dalam al-Quran dan hadis, perkahwinan dan anak-anak sangat ditekankan. Allah s.w.t menyatakan dalam al-Quran yang bermaksud: “Dan di antara tanda-tanda kekuasaan-Nya ialah Dia menciptakan untukmu isteri-isteri dari jenismu sendiri.” (QS 30:21)

Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud” “Tidak ada suatu bentuk yang lebih baik di dalam Islam daripada perkahwinan. Dan barangsiapa memilih untuk mengikuti sunnahku, maka dia harus berkahwin dan melahirkan anak-anak sehingga aku dapat melihat umatku dalam jumlah yang besar.”

Saidina Ali menyatakan, “Berkahwinlah kerana ini merupakan sunnah Nabi.”

Imam Ridha menyatakan, “Milik seorang lelaki yang paling berharga adalah isteri yang setia yang bila dia melihat isterinya itu, dia menjadi bahagia, dan isterinya itu melindungi harta dan kehormatannya ketika suaminya sedang pergi.” 

Apa yang kita bahaskan setakat ini hanya dari segi duniawi dan segi kemakhlukan dalam perkahwinan yang dilakukan oleh haiwan: keuntungan dalam kebersamaan dan reproduksi. Tujuan perkahwinan yang sejati bagi manusia memiliki jenis yang berbeza. Kehadiran manusia di dunia bukan semata-mata untuk makan, minum, tidur, mencari kesenangan atau mengumbar nafsu dan kemudian mati dan dihancurkan. Status manusia lebih tinggi daripada perbuatan-perbuatan seperti itu. Manusia diharuskan melatih diri dan jiwa mereka dengan jalan mencari ilmu, melakukan perbuatan-perbuatan baik, dan bertingkah laku terpuji. Manusia diharuskan mengambil langkah-langkah di jalan yang lurus untuk mendekatkan diri kepada Allah s.w.t. 



Manusia adalah suatu ciptaan yang mampu membersihkan jiwa dengan jalan menghindari perbuatan-perbuatan buruk dan melatih diri berkelakuan baik bagi mencapai tingkat yang tidak mampu dicapai oleh malaikat. Manusia adalah ciptaan abadi. Manusia telah datang ke dunia dan melalui bimbingan para Rasul dan contoh penerapan program-program yang ditetapkan Islam - untuk memelihara kebahagiaannya di dunia dan akhirat - ia dapat hidup dengan damai secara kekal. 

Oleh sebab itu, tujuan perkahwinan harus dicari dalam konteks spiritual. Tujuan sesebuah perkahwinan bagi orang beragama harus merupakan suatu alat untuk menghindarkan diri dari perbuatan jelek dan menjauhkan diri dari dosa. Dalam konteks inilah pasangan yang baik dan sesuai memegang peranan penting. Apabila dua orang beriman melalui perkahwinan membentuk sebuah keluarga, maka hubungan seksual mereka pun akan memberikan keuntungan dalam memperkuatkan rasa saling mencintai dan menyayangi yang ada dalam diri mereka. 

Bagi pasangan yang demikian itu, tidak akan ada bahaya yang mengancam dalam hal penyelewengan seksual, kebiasaan-kebiasaan yang membahayakan, ataupun perbuatan-perbuatan yang diharamkan. Rasulullah s.a.w dan semua ulama telah memberikan penekanan yang kuat pada institusi perkahwinan. Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud: “Barangsiapa yang melaksanakan perkahwinan maka dia telah melindungi sebahagian daripada agamanya.” Imam Shadiq menyatakan, “Solat dua rakaat yang dilakukan oleh orang yang berkahwin lebih baik dari solat 70 rakaat yang dilakukan oleh seorang tidak berkahwin.”

No comments:

Post a Comment