fb

Dec 31, 2010

Semua makhluk dicipta berpasangan

ALLAH menciptakan segala yang ada di alam ini berpasang-pasangan. Saling melengkapi, saling mengisi, bekerjasama, imbang-mengimbangi, mempengaruhi satu sama lain dan saling menyempurnakan. Dengan berpasang-pasangan itu, jika salah satunya tiada, yang lain bakal merasa kehilangan, timbul berbagai masalah dan persoalan lainnya. Bagaikan malam dengan siang atau umpama tangan kanan dan tangan kiri. Kaya dan miskin, penguasa dan rakyat , ulama dan awam dan seterusnya.


Pernahkah kita membayangkan adanya siang tanpa ada malam? Lantas apa gunanya dan apa maknanya? Atau sebaliknya ada malam tanpa ada siang? Yang ada, bakal muncul masalah. Sehingga Allah menyoal hal itu kepada kita di dalam Al-Quran untuk kita berfikir, yang bermaksud:

 “Katakanlah, Terangkanlah kepadaku, jika Allah menjadikan untukmu malam itu terus menerus sampai hari kiamat, siapakah Tuhan selain Allah yang akan mendatangkan sinar terang kepadamu? Maka apakah kamu tidak mendengar?” 
(al-Qashah: 71-72)

Siang dan malam adalah pasangan serasi yang memungkinkan terjadinya kehidupan di muka bumi. Jika bumi hanya memiliki siang saja, maka kehidupan di muka bumi ini bakal musnah kerana terlalu panas. Permukaan bumi bakal mendidih hanya dalam hitungan beberapa ratus jam saja. Sebaliknya jika bumi hanya memiliki malam, di bumi pun tidak akan muncul kehidupan kerana permukaan bumi bakal membeku. Juga hanya dalam hitungan ratusan jam saja.

Pergantian siang dan malam itulah yang menyebabkan munculnya mekanisme kehidupan secara sempurna di muka bumi. Allah menjadikan siang dan malam demi terciptanya kehidupan manusia di dalamnya. Itulah yang digambarkan Allah dalam berbagai ayat-Nya.


Bukan hanya soal siang dan malam sahaja Allah menciptakan pasangan. Kaya miskin juga adalah pasangan yang serasi. Bolehkah anda bayangkan jika manusia di muka bumi ini kaya semua? Siapakah yang mahu melayani yang lain? Demikian juga bila miskin semua, siapa yang bakal membiayai kehidupan sosial? Maka, kehidupan sosial kita bakal berhenti kerananya.

Dalam hal yang lebih khusus Allah SWT menyebut tumbuh-tumbuhan, binatang dan manusia pun diciptakan berpasang-pasangan. Termasuk segala sesuatu, yang tidak kita ketahui.

Lelaki adalah pasangan wanita. Demikian pula sebaliknya. Jika mereka tidak berpasangan atau memilih pasangan yang lain, maka hasilnya adalah masalah. Baik secara individual ataupun sosial. Keduanya saling melengkapi dan memerlukan.

Mereka yang tidak berpasangan, ia menyalahi fitrahnya. Malangnya di zaman moden ini ramai yang tidak mengakui hikmah berpasangan. Ada yang berasa hidup lebih menyenangkan jika bersendirian. Mereka menganggap perkahwinan menjadi beban kepada mereka. Mereka menurut kata hati berbanding fitrah yang ditetapkan. Hasilnya masyarakat tidak berkembang, umat Islam berkurangan dan mereka tidak sedar mereka sudah mengingkari perintah Allah SWT dan Rasulullah s.a.w. Kembalilah kepada fitrah dan nikmatilah hikmah di sebalik tabir perkahwinan.

Namun begitu harus kita ingat, perkahwinan memerlukan pemerhatian yang jitu dalam kita menilai seseorang. Bukan mudah untuk kita menilai seseorang untuk menyatakan bahawa dia lah jodoh kita. Dengan ini ada beberapa prkara dan pertanda yang dapat kita rasakan kebenaran seseorang itu adalah jodoh kita. Apakah petanda lainnya si dia itu jodoh kita atau sebaliknya? Barangkali petanda berikut boleh dijadikan panduan.


- Rahsia sepasang kekasih memiliki usia hubungan yang panjang adalah adanya sikap saling bekerjasama. Anda dan dia selalu dapat saling membantu dalam urusan remeh atau besar.

Paling penting adalah anda berdua selalu dapat melalui segala aspek kehidupan bersama-sama. Semuanya terasa amat menyenangkan meskipun tanpa membabitkan orang lain. Adakah ia berlaku pada diri anda?

Jika ya, selamat kerana ada harapan si dia calon pendamping hidup anda.

- Salah satu kriteria yang menentukan sesuai atau tidaknya dia sebagai jodoh adalah kemampuannya bersikap bersahaja di depan anda. Cuba perhatikan gerak-gerinya, cara berpakaian, gaya rambut, cara berbicara serta tawanya. Apakah setiap ucapannya selalu tampak spontan dan tidak dibuat-buat? Jika tidak, maaf kemungkinan besar dia bukan jodoh anda.

- Adanya deria batiniah seolah dapat dibaca oleh si dia? Apabila anda atau si dia dapat saling membaca fikiran dan menduga reaksi serta perasaan antara satu sama lain pada situasi tertentu, mungkin dialah kebahagiaan yang dicari.

- Bersamanya dapat membuatkan perasaan menjadi tenang, selesa dan tanpa rasa tekanan yang membebankan. Berjam-jam bersamanya malah setiap waktu dan setiap hari langsung tidak mencetus rasa bosan, itulah petanda anda berdua kelak akan saling terikat.

- Dia sering di sisi dalam apa saja situasi. Dia juga sering memahami suka duka yang anda alami. Percayalah, pasangan yang mempunyai jodoh pasti tidak takut mengalami pasang surut dan suka duka saat bersama.

Ingat kembali, adakah dia orang pertama yang datang memberi bantuan tatkala anda dirundung musibah? Dia selalu faham saat emosi anda terganggu? Dia tahu keadaannya waktu anda sakit? Jika ya, tidak salah lagi, dialah orangnya.

- Dia tidak terlalu peduli dengan masa lalu keluarga anda, juga tidak peduli masa lalu anda bersama kekasih terdahulu. Dia juga tidak malu-malu menceritakan masa lalunya. Nah, jika begitu ini bererti dia sudah siap menerima anda seadanya.

- Setiap orang pasti memiliki kekurangan dan anda tidak malu memperlihatkannya pada si dia. Si dia pula tidak segan menceritakan kelemahan dan kekurangannya pada anda. Anda dan si dia barangkali memang ditakdirkan untuk bersama.

No comments:

Post a Comment