fb

Dec 13, 2010

Haluan Percintaan?

 Luahan Hati seorang gadis

Kemanakah haluan cinta yang harus dituju? harapan demi harapan dihulurkan.. Impian demi impian disulami dengan seeratnya.. namun tiada nampak kesudahan.. Hanya terus mengharap dengan penantian yang tidak tahu dimana akhirnya..
kesetiaan yang digengami... akhirnya di punahkan sang lelaki.. mana harapan yang perlu di taruhkan pabila cinta tak di hargai. tiada cinta seindah pelangi, tiada kata seindah tiupan angin di pantai, deruan ombak menemani sang gadis yang sedang asyik termenung mengenang kan perasaannya yang sering di lukai,
cinta yang sering di tindas, kata-kata yang tidak penah jujur di bibir sang lelaki yang dikenali selama ini. rupa paras yang cukup indah belum tentu menjanjikan kebahgiaan. hati nya sering berdetik mengatakan rupa parasnya menjadi mainan lelaki yang mendampingnya. manis yang tidak bergula, masin yang tidak bergaram, hanya pahit bak hempedu yang kelihatan di wajah mania ayu seorang gadis yang kecewa. Cinta...? mengapa sering mempermainkan cinta,berikan seikhlas hati pada yang memerlukan.
bila cinta terlanjur usah di salahkan cinta... sudah terlambat untuk di persalahkan. mengapa kau pergi darinya melukai hati nya yang luluh tanpa belas. gadis yang luluh hatinya mempercayai cinta seorang lelaki yang sudah berkahwin yang sudah mempunyai dua cahayamata. bertapa luluhnya hati seorang gadis ini pabila mengetahui insan yang amat dicintai ini milik orang lain. Tidak kuat hatinya untuk melukakan hati wanita lain, baginya biarlah hatinya yang terluka. sekurang-kurangnya hati seorang sahaja yang terluka, hati seorang gadis yang terpedaya.
Bukan hati wanita yang telah lama bergelar isteri, anak-anaknya, keluarga belah lelaki dan wanita yang tidak mengetahui kecurangan si suami. Mereka pastikan lebih terluka andai dia meneruskan hubungan terlarang ini. Sayupnya hati tak terkata tatkala kata-kata akhir perpisahan setelah lama menyulam cinta yang palsu.

Gadis ini hanya menaruh harapan palsu, tenaga, wang ringgit di perguna sewenang-wenang oleh lelaki yang berperasaan palsu terhadapnya. 
Walaupun pernah terungkap dari bibirnya cinta dan kasihnya dia pada si gadis ini. Harapan itu yang digunakan, akhirnya kenyataan yang memusnahkan jiwanya. Dia pergi jauh, jauh membawa diri agar tidak menganggu kebahagian yang di bina kelurga itu, biarlah dia sendiri yang lalui derita ini, hanya masa dan keadaan yang mampu mengubahnya.
Apa yang di tekadkan di hatinya, tiada dendam yang di bawa di hati biar la semuanya di jadikan pengajaran dan kenangan dalam kehidupannya, kesilapan semalam yang mematangkannya. Masih ada hari esok untuk mengubati hatinya, selagi nyawa di kandung badan hatinya tetap cekal menjalani kehidupan ini.



Dari luahan hatio diatas saya dapati kadang kala percintaan yang kita harapkan bukanlah semudahyang kita sangkan.. terlalu banyak kisah yang terjadi disekeliling kita tentang cinta yang tidak kesampaian. Dan bermacam faktor yang mempengaruhi kejayaan percintaan.

Adakala faktor luaran juga boleh menyebabkan kegagalan dalam percintaan. walau kita telah sedaya upaya mempertahankan percintaan kita. Namun kadang kala kita tetap gagal dari menghalang perpisahan yang berlaku.

Harus kita ingat.. dalam dunia percintaan yang kita lalui, pasti akan hadir masalah2 yang menjadi penentu kekuatan hubungan kita. Yang adakalanya sering terjadi perpisahan kerana masalah yang hadir terus berpanjanagan dan tidak menjajikan harapan yang lebih baik.


Contoh-contoh masalah yang selalu menjadi masalah cinta

  • Dikecewakan berkali-kali namun masih kembali rujuk kepadanya setelah dia berubah kembali manja, mesra dan penuh kasih sayang. Tetapi, kemudiannya dikecewakan lagi.

  • Ditinggalkan kekasih tanpa sebarang berita, tanpa sebarang penjelasan. Panggilan tidak dijawab, mesej tidak dihiraukan.

  • Kekasih berjanji ingin berkahwin tetapi setelah bertahun-tahun menunggu namun tiada kemajuan atau apa-apa perkembangan kearah mendirikan rumahtangga.

  • Hilang keyakinan di dalam perhubungan disebabkan perasaan cinta yang semakin hambar.

  • Setelah bertahun-tahun bercinta tiba-tiba kekasih berubah perangai, bertutur kasar, menengking, tiada kemesraan, dimaki hamun.

  • Kekasih lama muncul kembali mencurah kasih dan menampilkan kemesraan di saat-saat anda di dalam pergolakan dalam perhubungan.

  • Suami atau kekasih berlaku curang.

  • Terlalu segan dan malu untuk berterus-terang tentang perasaan cinta yang bersemi, akibatnya, dia disambar orang lain.

  • Masih keseorangan sekian lama walaupun sudah agak berumur. Tiada yang berminat lantas selalu sahaja ditekan oleh keluarga.

  • Percintaan jarak jauh yang tiada kesudahan dan tiada masa depan tetapi tidak mahu lepaskan.

  • Sukar membuat pilihan kerana takut tersalah pilih dan risau akan kegagalan.

Jadi masalah2 yang hadir ini bagaikan satu tembok bagi pasangan yang bercinta untuk membawa haluan cinta kearah yang lebih baik dan bermakna. Jalan mudah yang diambil adalah perpisahan. Dan mencari pasangan yang lebih baik.

Tetapi sebenarnya perpisahan bukanlah jalan yang terbaik untuk kita andai hadir masalah. tetapi sebaiknya kita harus mencari jalan untuk menyelesaikan masalah itu bersama. jangan bergantung hanya pada satu pihak sahaja. kita boleh cuba berusaha dan berbincang untuk kita pastikan kejayaan hubungan percintaan kita.


1. menghargai pasangan

pasangan paling bahagia mempunyai sekurang - kurangnya lima amalan manis - seperti mengirai rambut pasangan, memujinya di depan rakan, atau tinggalkan nota cinta tidak kira dimana. setiap ingatan akan rapatkan hubungan kalian.


2. berfikiran positif

pasangan berjaya sering mengingatkan diri supaya mengekalkan cinta dari setiap penjuru. di fikiran mereka "tidak sabar untuk berjumpa", berbanding, 'Ugh! dia tentu lewat lima minit!"


3. tenang menghadapi masalah

pasangan bahagia sentiasa terbuka untuk tangani perkara remeh dalam perspektif lebih jelas. dengan menunggu kemarahan reda terlebih dulu, ia bukan lagi satu masalah. tenaga itu lebih baik dihabiskan untuk menikmati masa berdua.


4. tanamkan perasaan setia
Apabila anda berpasangan, kesetiaan merupakan faktor yang anda perlu jaga. Janganlah anda mencari pengganti bagi si Dia ketika anda berpasangan. Ini kerana, si Dia telah memberikan kepercayaan pada anda dan sekiranya anda menduakan si Dia, anda telah memusnahkan harapan dan impian seseorang yang anda pernah kata-katakan ucapan cinta.


Renungan dari saya: Cuba anda letakkan diri anda dalam situasi �ditinggalkan�. Adakah anda akan berasa sedih? Kecewa? Hampa? Sudah semestinya anda akan katakan Ya. Oleh itu, fikirkan perasaan si Dia dan setialah dengan pasangan anda disamping berusaha membawa percintaan anda kearah yang lebih baik dan bermakna.

No comments:

Post a Comment