fb

Dec 13, 2010

Kisah percintaan yang harus kita renungkan

Dipetik dari cerita kita semalam..

"Ala, dulu masa abah kawin dengan arwah mak. Abah kenal dengan mak sebulan saje. Kekal pun sampai ke akhir hayat. Don't you trust me?" abah berkata perlahan. Adik-adik saya terkejut. Tapi saya selamba saja, sebab saya dah tau cerita bagaimana arwah mak dan abah bertemu. Adik-adik saya pandang saya yang tampak tenang saja tanpa reaksi apabila abah memberitahu tentang perkahwinannya dan arwah mak dulu.

Seperti yang saya katakan semalam, saya tak terkejut apabila abah memberitahu adik-adik yang dia dan arwah mak dahulu hanya berkesempatan berkenalan selama sebulan kemudian mereka mendirikan rumahtangga. Saya dah tau kisah perjalanan/percintaan abah bersama arwah mak terlebih dahulu dari adik-adik saya. Arwah emak yang cerita. Agak menarik juga ceritanya, jadi saya rasa tak salah kalau saya kongsi bersama semua.

Lebih 27 tahun yang lalu,abah baru pulang dari Maktab Perguruan Tanjung Malim dan bertugas sebagai guru sandaran di Pulau Aur,Mersing. Ketika itu abah baru sahaja putus ikatan pertunangan dengan teman wanita dari zaman sekolahnya. Abah dan teman wanitanya bertunang ketika mereka berumur 19 tahun lagi.Tapi mungkin jodoh tidak ada antara mereka berdua. Tunang abah memilih orang lain untuk dijadikan suami. Tunang abah kecewa dengan abah kerana memilih profession sebagai guru. Dulu-dulu, gaji sebagai seorang guru tidak seberapa dan tidak mewah. Abah pun pakai motor buruk sahaja. Tunang abah memilih untuk berkahwin dengan seorang pegawai kastam yang gajinya jauh lebih besar.

Mungkin kecewa dengan apa yang terjadi, abah memilih untuk bersuka-ria dengan teman-temannya. Abah dan 'geng'nya selalu mengusik gadis-gadis yang bekerja di pejabat kerajaan di Mersing ketika itu.Dia akan membuat panggilan telefon palsu ke pejabat-pejabat kerajaan itu untuk mengusik gadis-gadis operator telefon.(Jadi jangan salahkan saya kenapa saya menjadi sangat nakal, sebab abah dulu pun nakal juga. Mana tumpahnya kuah kalau tak ke atas alas meja renda-renda? :P )

Selalunya, gadis-gadis ini akan melayan usikan abah. Dalam erti kata lain dan mudah difahami, 'tergedik-gedik'. Tetapi pada suatu hari yang malang, abah dimarahi oleh seorang operator telefon baru. 

"Awak nak apa?Main-main dengan telefon pejabat kerajaan?!Takde kerja lain ke? Nak saya telefon polis?!" begitulah lebih kurang tengking wanita itu kepada abah saya.

Disebabkan reaksi yang diterima oleh abah kali ini sangat berbeza dari yang sebelum-belumnya,abah terdetik untuk mengenali wanita ini.(Sometimes, it's weird how people fall in love. In this case, kena tengking pun rasa teruja?)Wanita itu adalah arwah mak saya.Mak saya sangat cantik, kulitnya putih,rambutnya panjang dan ikal.Lebih cantik dari bekas tunang abah.Kemudian abah menyedari, abah pernah terserempak dengan mak saya sebelum ini ketika belajar di Tanjung Malim. Ternyata sangkaan abah betul kerana sebelum ini arwah mak pernah mengambil kursus trengkas di Slim River. Maka abah semakin teruja untuk mengenali mak.



Mak berasal dari Johor Bahru. Dia baru sahaja mula bertugasdi pejabat tanah Mersing ketika itu.Mak duduk serumah dengan kawan-kawan sekerjanya yang masih bujang di Mersing.Antara rakan serumah mak merupakan teman wanita kawan baik abah,pakcik Ramli. Melalui Pakcik Ramli dan 'girlfriend'nya, abah dapat membuat background check terhadap mak. Abah dah tau asal usul mak serba sedikit dan begitu berminat untuk mengenali mak.

Tapi setiap kali kawan-kawan abah dan mak mengatur perjumpaan untuk menemukan abah dan mak, mak mengelak. Mak rimas. Setiap hari emak akan di'kenen'kan dan diusik oleh kawan-kawan serumahnya. Jadi tak berapa lama selepas itu, emak membuat keputusan untuk memohon pertukaran tempat kerja ke daerah lain. Pada kawan-kawan serumah, emak memberitahu yang dia akan pulang ke kampung halamannya di Johor Bahru. Tetapi jauh dari pengetahuan mereka, emak sebenarnya akan bertukar ke Kota Tinggi.

Berita tentang emak akan pulang ke Johor Bahru sampai ke telinga abah. Abah cemas. Jadi abah segera pulang ke rumah dan memberitahu nenek saya(mak kepada abah),Atuk Zam supaya segera meminang mak untuknya. Abah tidak sanggup kehilangan mak.



Disebabkan abah anak bongsu, maka permintaan abah selalunya ditunaikan. Jadi Atuk Zam menghubungi mak saudara saya(bukan mak Jang tapi mak Wan) dan suaminya (arwah Pak Wan) untuk bersama-sama menguruskan hal abah ni. Sangkaan abah, emak sudah berada di rumahnya di Johor Bahru tetapi sebenarnya emak berada di Kota Tinggi.Emak dapat bertukar ke pejabat tanah daerah Kota Tinggi. Melalui alamat rumah yang kawan serumah mak beri kepada abah, abah ,Atuk Zam dan Mak Wan suami isteri pun pergi ke rumah mak di Johor Bahru membawa sebentuk cincin.

Setibanya abah dan keluarganya di rumah nenek(mak kepada arwah mak saya),Atuk Wati, dia juga terperanjat dengan hasrat kedatangan abah sekeluarga.Jadi Atuk Wati menyuruh sepupu mak, Kak Idah, untuk menghubungi mak di Kota Tinggi supaya segera pulang ke Johor Bahru.

Apabila mak sampai di Johor Bahru(JB-Kota Tinggi = 1 jam 30 minit),mak terkejut 'mangki' apabila melihat mamat yang selalu meng-'ushar'-nya semasa di Mersing dahulu datang bertandang ke rumahnya di Johor Bahru untuk merisik. Kemudian, mak meminta izin untuk berbincang secara private dengan abah saya berdua. Setelah berbincang panjang lebar,mak akhirnya percaya kepada keikhlasan abah untuk memperisterikannya. Kedua-dua keluarga berbincang dan mereka memutuskan untuk mengadakan majlis nikah gantung dalam masa sebulan lagi. Ini disebabkan, dalam masa yang terdekat akan datang, abang emak(Pak Din) juga akan melangsungkan perkahwinannya. Jadi majlis persandingan akan dibuat sekali untuk kedua-dua pasangan pengantin. Jimat belanja. Satu majlis untuk dua pasangan pengantin.(My grandmas are so clever...Hehe)

Maka tanpa ikatan pertunangan, abah dan mak berkahwin sebulan selepas keluarga abah datang merisik.Sepanjang masa sebulan itu, abah dan emak menggunakan peluang itu untuk mengenali hati budi masing-masing. Dan ternyata keputusan yang mereka ambil untuk mendirikan rumahtangga bersama-sama tidak sia-sia. Emak jatuh cinta kepada abah selepas beberapa bulan mereka berkahwin.Emak terpaut dari sikap tanggungjawab dan kemanjaan abah. Abah jatuh cinta kepada emak jauh terdahulu dari emak. 

Hari-hari yang mereka lalui bersama selepas diijabkabulkan seperti pasangan yang baru bercinta.Abah tak pernah lekang mencium dahi emak setaip kali pergi dan pulang dari kerja dan emak akan mncium tangan abah setiap kali.Emak tak pernah sedikit pun meninggi suara pada abah dan membantah keputusan abah. Malah ada kalanya mak akan menyuap abah makan walaupun dihadapan anak-anak.Jalan berpimpin tangan dan berpeluk ke mana-mana sahaja sehinggalah ke akhir hayat emak..

Great story isn't it...?

Kesimpulannya, tidak semua pasangan yang bercinta bertahun-tahun akan berakhir ke jinjang pelamin. Because you couldn't predict what goes with our destiny and our future. Maybe we end up with someone that we never expect at the first place. Maybe we end up marrying the guy/girl that we've known for an hour thru the internet..who knows,aight?Everything is possible...

What ever that lies ahead of us, just remember to tawakal to Allah everyday. Kerana Allah saja yang dapat menentukan takdir kita..Dan ingatlah setiap apa yang telah ditakdirkan dan dijanjikan oleh Allah itu adalah yang terbaik untuk setiap hambaNya.



Dari kisah diatas saya ingin menceritakan kisah saya. Saya dulu pernah menjadi guru sandaran. Dan masa tahun akhir perkhidmatan saya. Saya telah megenali seorang ustazah dan kami bercinta. Lalu bertunang. Pada waktu yang sama saya mengambil keputusan sambung belajar. Namun tanpa saya ketahui apa puncanya, pertunangan kami putus sedangkan lagi 3 bulan sahaja kami hendak menikah.

Saya rasa amat kecewa. Lalu mengambil keputusan membawa diri ke thailand. Disana saya ditemukan dengan ayah angkat saya seorang ustaz. Lalu dia mengambil saya menjadi anak angkatnya. zLalu saya ceritakan segala kekecewaan saya. Lantas ayah angkat saya menasihati saya dengan penuh himah membuat saye terfikir kebenarannya. Nak tahu apa dia? tunggu kisah seterusnya yang saya beri nama kisa sebiji epal..

No comments:

Post a Comment