fb

Dec 26, 2010

Nota terakhir buat kekasih

Apabila cintaku bersumpah yg sesuatu itu benar, aku percaya sungguhpun aku tahu ia berdusta.. 
Kata hatiku pada kalimah cinta.. Pertama kali ku mnegenali cinta manusia.. Ku terlupa peredaran dunia.. Cinta membuat dunia kadangkal tiada logika.. (macam lagu agnes monica tu hehehe)



Petikan Dari Metro 2010/06/15

BUKIT MERTAJAM: “Sha…012xxx, dia menyebabkan saya mengambil tindakan ini, dia mahu saya mati…,” itu nota kecewa tulisan tangan yang ditemui pada mayat seorang lelaki yang maut digilis kereta api di Jalan Sri Bukit, di sini, semalam.

Nota itu adalah luahan hati lelaki terbabit apabila teman wanitanya memutuskan hubungan mereka.Malah, seminggu sebelum itu, mangsa nekad mengelar badan di depan teman wanitanya.

Dalam kejadian jam 7.40 pagi semalam, orang ramai menemui mayat yang digilis kereta api di belakang sebuah stesen minyak di Jalan Sri Bukit sebelum menghubungi polis.Sumber polis berkata, identiti mayat tidak dapat dikenal pasti berikutan tiada pengenalan diri selain keadaan mayat yang putus dua dan hancur.

Bagaimanapun, katanya, melalui sekeping nota yang ada bersama mayat itu, pihaknya mengesan dan mengenal pasti identiti suspek.“Kami menghubungi nombor yang ada pada nota itu dan wanita berkenaan mengakui mengenali lelaki terbabit.“Berdasarkan keterangan wanita itu, mangsa, Faizal Abd Azi, 25, berasal dari Taman Ria, Sungai Petani, Kedah adalah bekas teman lelakinya,” katanya.

“Wanita itu mengakui dia memutuskan hubungan mereka tetapi lelaki itu tidak bersetuju, malah minggu lalu, dia (si mati) sanggup mengelar badan di depan wanita berkenaan,” katanya.Sumber itu berkata, mayat mangsa dihantar ke Hospital Bukit Mertajam untuk dibedah siasat.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah, Asisten Komisioner Azman Abd Lah ketika dihubungi mengesahkan kejadian berkenaan.

Kecewa dalam bercinta..anda pernah melaluinya?? siapa yang pernah alaminya, pasti tau betapa ia perit. 'sakit yg paling dahsyat ialah mencintai seseorang, tetapi tidak berbalas'.. benarkah? (jgn beritahu sy yg sakit apabila bersalin lebih perit atau seumpamanya..ini dalam scope cinta manusia)..

pernah saya terbaca bahawa PUTUS CINTA adalah bukti xde cinta sejati kecuali cinta yg diasaskan oleh cinta Allah. pelbagai alasan apabila si dia ingin memutuskan cinta..

common reasons:
1. hadirnya org ketiga
2. halangan dr org tua
3. jemu setelah sekian lama

ketika ni lupa lah semua sumpah setia, lafaz sehidup semati,& surat aku janji (mcm nak masuk U tuh). malah dia yg kita cintai seperti tidak pernah kita kenali. berlainan sungguh. 

kita kecewa. menangis sana sini, sedaya upaya mencari punca, ilang semangat utk hidup & rase gulap gulita dunia ini. malah ada yg sanggup bunuh diri.. benarlah kata pujangga 'Dunia akan terkejut mendengar seseorang membunuh diri kerana kematian ibunya, tetapi tidak akan terkejut apabila pembunuhan diri itu disebabkan kematian kekasih yg dicintainya' nauzubillah..

teringat sy pd sebuah kisah, sesetengah ahli sufi melewati seorang lelaki yg sedang menangis di kubur, lalu dia bertanya tentang sbbnya.. jawap lelaki tadi, 'sesungguhnya kekasihku telah meninggal dunia.'.. ahli sufi tadi menjawap 'sebenarnya engkau telah menzalimi dirimu sendiri dgn mencintai kekasih yg mati. Jikalau engkau mencintai kekasih yg tidak akan mati nescaya engkau tidak akan tersiksa dgn perpisahan..'

sesungguhnya putus cinta bukanlah pengakhiran segalanya malah satu permulaan yang baik jika ia ditangani dengan positif. memg pada mulanya terasa berat beban yg dipikul tetapi kita masih punyai Allah..semuanya dari Allah. 

Firman Allah dalam surah albaqarah ayat 56 yang bermaksud,
(iaitu) orang2 yang apabila mereka ditimpa musibah (malapetaka), mereka berkata: inna lillahi wa inna ilaihi raji'un. (bahawa sesungguhnya kita kepunyaan Allah dan kita akan kembali kepadaNya). 
 

 saya pernah melaluinya. betapa bodoh (mungkin juga berbakul2) kerana merayu cinta manusia. lantas saya lepaskan dia pergi pada waktu itu laki 3 bulan kami hendak menikah..(setelah hampir 2 bulan mencari penyelesaian). kerana saya yakin jika dia adalah hadiah cinta dari Allah untuk saya nikmati di dunia, maka Allah akan kembalikan dia kpd saya..
 
"ada sesuatu perkara yg kamu cintai tetapi itu membawa keburukan kpd kamu. ada pula sesuatu perkara yg kamu benci tetapi ia membawa kebaikan kepada kamu. sedarlah, kamu tidak mengetahui, Allah-lah yg lebih mengetahui' 
(Al-Baqarah:216)

Bagi saya Allah juga yang Maha mengetahui apa yang terbaik buat kita. Jika mencintai sesama manusia hanya mengundang kecewa dan sia2 jangan lah pula kita rasa putus asa. Jadi cubalah kita mencintai Allah nesaya Allah akan hadirkan buat kita cinta manusia yang sejati.

Ana billah walillah ma'allah.
Wsalam.

No comments:

Post a Comment