fb

Dec 26, 2010

Persahabatan@percintaan?

Anugerah yang paling istimewa dan terindah bila kita memiliki seorang SAHABAT, satu JIWA yang boleh dipercayai sepenuhnya,yang mengetahui baik buruknya kita, menerima kekurangan dan kelemahan kita,mendampingi kita di kala kita kesusahan, TAPI bila CINTA hadir dalam diri adakah sahabat itu KEKAL di hati? adakah sahabat diINGATI? KATA seorang pujangga "CINTA ITU BERMAKNA DARI EMAS DAN PERMATA" cinta suatu PERASAAN yang sukar di mengerti. Susah untuk ditafsirkan melalui kata-kata tetapi mudah dipamerkan bila rasa BAHAGIA.


"Persahabatan"….Apa yang anda faham dengan perkataan ini? Bagi sesetengah orang mungkin kawan ibarat sebiji bola…Bila suka bola itu akan berada dalam genggaman…tapi bila dah tak suka kita boleh balingkan kepada orang lain…. Tapi bagi aku….kawan umpama macam cinta…ia sebahagian daripada nyawa dan jiwa…Tanpa kawan mana mungkin kita memahami erti persahabatan…. 

Cinta " apabila kita menggenggamnya terlalu kuat, ia akan mati…. jika kita menggenggamnya terlalu longgar maka ia akan pergi…" Daslam percintaan ada persahabatan. Dan persahabatan itu sekiranya kita biarkan.. Ia juga akan berlalu pergi

Persahabatan juga umpama cinta….kasih dan sayang sentiasa ada… Tapi bukan semua orang menghargai sebuah persahabatan… Salah faham tue adat la kan… Tapi ada sesetengah orang yang tak mau bersama bila kita menghadapi kekusutan… wajarkah kita menganggap itu adalah persahabatan…



Kekadang cinta itu datang dari persahabatan. Persahabatan itu adalah anugerah yang semua dapat rasakan, seorang sahabat akan kekal sebagai seorang sahabat di atas nama kasih sayang dan bukan cinta. Cinta itu adalah anugerah yang hanya engkau dan dia dapat rasakan, seorang cinta akan kekal sebagai cinta dia atas berbagai nama iaitu kasih sayang, suka, sedih, pilu, susah, senang dan sebagainya. 

 

Jika cinta itu datang dari persahabatan, anda amat beruntung kerana mengenali seorang sahabat yang mencintai anda, namun jikalau cinta itu terbatas kerana persahabatan anda juga masih beruntung kerana mengenali seorang sahabat yang sayang kan anda!

Menyintai seseorang tidak semestinya anda harus bahagia tetapi harus bersedia untuk bersedih, dan menyintai seseorang tidak semestinya kita mendapatnya kita harus belajar untuk biarkan ia pergi.


Bersahabat juga demikian, seorang sahabat harus berbahagia jika sahabatnya bahagia, menasihati sahabatnya dari yang jahat, sahabat tetap sahabat tidak kira kita ditusuk dari belakang, atau kita sedih ketika dia gembira kerana manusia itu tidak sempurna dan tidak akan pernah lari dari melakukan kesilapan.

No comments:

Post a Comment