fb

Dec 21, 2010

Oh Tidak.. Suamiku Suri Rumah?

Tuntutan wajib nafkah ada terkandung di dalam Quran dan juga Sunnah.

Firman Allah,

"Dan kewajipan bapa (suami) pula ialah memberi makan dan pakaian kepada ibu (isteri) menurut cara yang sepatutnya. Tidaklah diberatkan seseorang melainkan menurut kemampuannya".
(Surah Al-Baqarah: 233)

 FirmanNya lagi yang bermaksud

"Hendaklah orang yang mampu memberi nafkah menurut kemampuanya; dan sesiapa yang disempitkan rezekinya, maka hendaklah ia memberi nafkah dari apa yang diberikan oleh Allah kepadanya (sekadar yang mampu); Allah tidak memberati seseorang melainkan (sekadar kemampuan) yang diberikan oleh Allah".
(Surah At-Thalaq:7)


Sabda Rasulullah:
"Ingat! Sesungguhnya kamu mempunyai hak terhadap isteri-isteri kamu, bagi isteri-isteri kamu juga mempunyai hak terhadap kamu. Adapun hak kamu terhadap isteri-isteri kamu ialah mereka tidak membenarkan masuk ke tempat tidur kamu orang yang kamu tidak sukai dan mereka tidak membenarkan orang yang kamu tidak sukai masuk ke rumah kamu. Sesungguhnya hak-hak isteri terhadap kamu ialah berbuat baik terhadap mereka (dengan memberikan) pakaian dan makanan mereka".
(Hadis riwayat At-Tirmizi)

Sabda Rasulullah lagi yang bermaksud:
Satu dinar yang diberikan untuk jalan Allah dan satu dinar dibelanjakan untuk memerdekakan hamba, dan satu dinar disedekahkan kepada fakir miskin dan satu dinar dinafkahkan kepada ahli keluargamu; yang paling besar pahalanya ialah yang engkau nafkahkan kepada kepada ahli keluargamu 
(Imam Muslim)

Yakni ia paling afdhal dan besar pahala disebabkan kewajipan. Ini kerana pahala wajib lagi besar daripada sedekah yang sunnah.


Dalam Islam, hanya suami yang diwajibkan untuk memberi nafkah dan tidak sebaliknya. Namun, tiada bersalahan dari segi syarak jika si isteri ingin meringankan beban suami seperti membantu membayar bil atau mengambil alih dari segi penyedian wang makan minum (duit pasar) dan sebagainya. Atau si isteri ingin menokok wang bagi pembayaran rumah untuk mendapatkan flat lebih besar yang berada di luar kemampuan suami. Namun perkara tersebut hanya boleh dilakukan jika si isteri bersetuju dan tidak boleh dipaksa.

Dalam kes househusband ni, tak silap ada pro-contra juga di sisi ulama Islam, sebab si suami pula yang jaga rumah..Ustaz tak berani nak kata haram jika terdapat kemuafakatan antara suami isteri. Cuma dalam Islam pastinya terdapat hikmah kenapa Allah wajibkan suami dan bukan isteri. Antaranya kerana nature kaum Adam, fizikalnya lebih kuat untuk menyara hidup keluarga, begitu juga dengan nature kaum Hawa yang secara lahiriahnya penyayang dan pada masa yang sama memberi zuriat pada suami, menyusukan dan menjaga anak. Anak pula secara tabiinya lebih mesra dengan ibu kerana close contact dengan ibu sejak dari kandungan lagi.

Selain dari itu, ada kesan jangka panjang juga..stigma masyarakat, keluarga suami dan isteri..self esteem suami terjejas dan banyak lagi. Perkara ini juga dititik beratkan dalam Islam. Imam Ghazali sebagai contoh, menggalakkan seorang yang kaya berbelanja mengikut apa yang dia mampu dengan gaya hidupnya semata-mata untuk elak daripada diumpati sebagai bakhil atau kedekut. Ini kerana menurutnya, menutup mulut manusia daripada mengumpat juga dikira sebagai satu kebajikan.

Berdasarkan kes-kes cerai yang saya kendalikan, bila pasangan suami isteri berbalah segala kelemahan suami isteri akan didedahkan. Ini termasuk si suami tidak memberikan nafkah secukupnya, walaupun sebenarnya dari awal pasangan tersebut sudah bersedia untuk saling berkongsi perbelanjaan dari segala hal seperti wang rumah, wang pasar, bil dan sebagainya.

Diharapkan penjelasan ini dapat memberikan sedikit ilmu dan rujukan buat para suami, pada saya 'househusband' lebih banyak keburukan dari kebaikan dan tidak sihat untuk diamalkan dalam sesebuah rumahtangga.

Wallahu A'lam.

1 comment:

  1. betul2...skrg sudah terbalik....isteri kerja....laki duk rumah....huhuhu

    ReplyDelete