fb

Dec 21, 2010

Undang-Undang Bila Mahu Putus Cinta

Pernah putus CINTA? Rasa sakit bagai hati di hiris sembilu..

Ada orang kata jika putus cinta penangan dia boleh membawa seseorang individu itu hilang pertimbangan dalam diri sendiri. Bahkan juga ada sesetengah dari kita agak truma untuk bercinta lantaran dari sejarah silam yang lalu. Namun ada juga sebahagian dari kita mengukir kata jangan benci pada cinta sebab cinta itu adalah nikmat yang tidak terhingga bagi seorang manusia..


Tidak kiralah apa jawapan mahupun tanggapan semua yang penting andai cinta itu tidak seiring lagi pasti hati yang terluka untuk pulih kembali akan makan masa yang lama. Tidak kira sehari, seminggu, sebulan dua, satu ke dua tahun, yang pasti penawar itu haruslah disembuhkan juga. Setuju ??

break_heart1

Disini ada beberapa langkah yang harus diambil untuk sahabat yang putus Cinta. Jom kita semak apakah dia undang-undang putus cinta itu .


Jangan sesekali mengelak.

Pada kebiasaannya apabila seseorang itu putus cinta pasti dia tidak ingin melihat orang itu lagi. Jika boleh anda akan mencuba sedaya upaya untuk mengelakkan diri dari terus tertembung dengan si dia.

Oh tidak! peraturan itu seakan memakan diri anda sendiri. Seharusnya anda anggaplah ia sebagai kawan dan tidak lebih dari itu mungkin sudah memadai bagi dirinya. Manalah tahu suatu hari nanti anda akan buntu pertolongannya di saat anda tersepit pada satu keadaan.. atau mungkin anda perlu mendapat pandangan dari si dia siapa tahukan. Be cool okey. Berlagaklah seperti biasa-biasa. Sekalipun anda akan bertemu dia di pejabat, kedai makan, kolej dan lain-lain tempat. Anggap sahajalah itu lumrah orang putus cinta memang akan melalui detik-detik yang sebegini rupa .

Selalulah bersangka baik dan yakinlah pada diri sendiri bahawa putus cinta tidak bermakna, anda telah memutuskan ikatan silaturahim sesama manusia .


Buang memori.

Dalam taman percintaan sudah pasti banyak perkara yang telah anda kongsikan bersama si dia. Baik dari pertukaran gambar, nombor telefon, alamat maya, pemberian hadiah hari jadi dan segalanya yang berkaitan dengan si dia pastikan anda telah membuang memori itu jauh-jauh darinya. Jika anda tidak berbuat demikian selagi itulah anda akan berada di bawah bayangan si dia.

kartun-print

Sekiranya anda seorang yang tabah dan tahan pada dugaanNYA Insyallah pasti anda akan lalui semua ini dengan hati yang tenang sekali. Usah menangisi atas apa yang telah dilalui. Hapuskan air matamu dan jangankah bersedih lagi. Sedangkan si dia sekarang sedang bergembira dengan pilihan hatinya anda pula yang merana. Hurm.. baik lupakan sahaja insan seperti dia. Hidup untuk gembira tapi bukan terus berduka tau!


Carilah peganti secepat yang mungkin.

Melayan perasaan cinta memanglah mengasyikan seperti kita baru sahaja pertama kali mengenali dirinya dahulu. Tapi itu dulu kini tidak lagi bukan. Baiklah dalam peraturan undang-undang putus cinta jika kita keterlaluan melayan perasaan kecewa yang tiada titik noktahnya sehingga ia memakan diri sendiri apa kata anda segerlah mencari kawan yang baru.

Paling molek biarlah kita berkawan ramai pasti dalam ramai-ramai itu akan ada salah satu dari mereka akan bisa membuatkan hati kita berasa tenang. Manalah tahu tika menjalani persahabatan tersebut akan melahirkan bibit -bibit cinta baru dalam hati anda semula siapa yang dapat menduga??



Fikirkanlah sedalam-dalamnya.

Berilah peluang untuk hati anda menemui cinta kembali supaya ia sedikit sebanyak memudahkan untuk anda melupai si dia walaupun untuk seketikan waktu. Ingat..jangan kedekut untuk meluahkan rasa cinta sebab cinta itu tidak akan menjadi indah seandainya tiada dua hati yang menghuni didalamnya .

Harus yakin sebenarnya masih ada juga segelintir manusia di dunia ini sanggup hidup bersendirian tanpa teman yang istimewa atas pelbagai alasan yang tersendiri. Mungkin mereka-mereka ini sering dikecewakan, kerana pengalaman keluarga, atau truma dalam hubungan yang lalu, di permainkan dan sebagainya.

Ayuh bangun dan bangkitlah sahabatku dari sejarah lalu. Jangan biarkan diri kita tidak berteman selama-lamanya atas sebab CINTA ini. Fikirkanlah sedalam-dalamnya sampai bilakah anda harus bersikap sedemikian dalam bayangan masa yang lampau. Besikaplah seperti biasa anggaplah setiap yang pernah kita lalui itu sebagai rencah asam garam dalam kehidupan. Insyallah, jika ada jodoh anda pasti tidak akan kemana jua. Selalulah berdoa kepadaNYA. Bermunanjatlah pada yang Maha Kaya kerana Dialah Maha pendegar lagi Maha Pengasihani.

No comments:

Post a Comment