fb

Dec 21, 2010

Pergaduhan dalam perhubungan.. Nikmat...

“Kalau tak gaduh, memang tak sah”…..Betul ke tuuu??

Lalu , upin dan ipin pasti menjawab, “betul, betul, betul”.

Bergaduh memang merupakan satu rutin harian/mingguan yang boleh berlaku secara seketika, sementara, sekejap ataupun lama tak kira antara kita dengan siapa pun terutamanya, dengan musuh/saingan..tapi, tak jugak. Bukankah makin ‘rapat’ kita dengan seseorang itu, makin mudah untuk kita bergaduh…. Ibubapa? Adik-beradik? Kawan rapat?..dan yang paling pasti, dengan suami/isteri….

I told Mr W (my husband) ,” If we fight or quarrel, please do not make it turn as a big fight…and please pujuk your wife before midnight so that your wife can sleep well, dreaming and thinking about her loving husband“


Persoalannya, Siapa suka bergaduh? Saya tak suka dengan pergaduhan, kacau bilau jiwa dibuatnya.

Seringkali kita mendengar isu antara si lelaki dengan si perempuan. Dua individu yang mempunyai ciri-ciri keperibadian yang berbeza namun, dengan izin dan takdir Allah Yang Maha Pengasih, si lelaki dan si perempuan yang selalu bertengkar itu dijadikan satu pasangan, membina masjid dan seterusnya memegang amanah serta tangungjawab dalam rumahtangga…

Sebuah percintaan yang sah disisi Islam merupakan,ikatan “perkahwinan” yang sememangnya tersirat dengan pelbagai ganjaran pahala.

Siapa sangka, insan yang sentiasa membuatkan kita rasa marah dan sakit hati bakal menjadi seseorang yang teristimewa dalam hidup..Siapa dapat menduga, lelaki/perempuan yang paling kita rasa sesuai dan serasi, bakal memberi seribu masalah dikemudian hari.

“JANGAN kamu menyayangi seseorang secara berlebihan kerana barangkali kamu akan membencinya dikemudian hari nanti….”

Ianya suatu yang normal apabila kebanyakan antara kita mempunyai senarai tentang ciri-ciri pasangan idaman ataupun paling senang saya katakan, masing-masing memang ada ‘checklist’ pasangan idaman yang tersendiri. Tak percaya?..cuba tanya diri sendiri…

Contoh:-

Si lelaki mahukan pasangan seperti “Miss USA”. Ber versatile, bukannya gadis kekampungan …Si perempuan pula biasanya mahukan pasangan gaya ala saterawan ala-ala romantika gitu, gagah perkasa tak pun ala-ala macho.

Secara keseluruhan, apabila ada 1001 orang manusia maka akan ada 1001 “ciri pasangan ideal”. Tapi, realitinya “NOBODY IS PERFECT”


Dalam sebuah perhubungan, kita tak sedar yang kita cuba membentuk pasangan pilihan kita menjadi acuan seperti dalam ‘checklist’ pasangan idaman yang diharapkan. Oleh itu, kita menjadi kecewa dan sedih apabila ianya tak seperti yang diharapkan …

JADI, untuk elakkan daripada terkecewa dan terus bersedih…HENTIKAN mengubah tapi lebih seronok jika kita dapat BERLATIH menerima setiap kelebihan dan kekurangan yang ada pada pasangan dengan hati yang redha. LEARN TO BE GIVE & TAKE…

Yupp, Loving someone is like a GAMBLING!!! You can be addicted with it, also it can be annoying but then, still you can not stop it

Bila nak membeli barang, kita pastinya mencari barang yang mempunyai ‘brand’ yang ada jaminan a.k.a warranty. Macam itu jugalah dalam sebuah perhubungan dalam perkahwinan ini. Kita sentiasa mahukan ‘jaminan’ untuk bahgia bersama pasangan kita tapi ada jaminan ke bahawa hatinya 100% akan selamanya untuk kita?..Ada jaminan ke yang hati kita sendiri 100% selamanya untuk dia?

MINTA PERHATIAN, ada sapa-sapa boleh bagi jaminan untuk itu?

Jika ada pasangan yang bertanya, jawablah… “insyaAllah”…

Sememangnya tiada pasangan yang mampu memberi jaminan 100% tapi, kita boleh cuba menuju kearah tersebut dengan berlandaskan paksi agama untuk capai kerukunan dalam ikatan sebuah perkahwinan yang diberkati Allah dunia dan akhirat.

I told Mr. W (my husband) that I want to be his angel in the heaven… then he said to me that “ You are my angel dear, your are my angel from now on and until in the heaven…insyaAllah”

Apabila bercinta, semuanya manis dan indah…Apabila bergaduh, semua yang manis akan menjadi pahit, kelat, masin TETAPI, apabila makanan itu bernama cinta, lauk pauknya pasti ada yang bernama gaduh…

Maka dengan ini, SAH bahawa percintaan yang manis pastinya berulamkan pergaduhan..

2 comments:

  1. betul2...tak suka pasangan yang nak mengubah diri kita ikut apa yang dia mahukan..belajarlah terima diri pasangan seadanya

    ReplyDelete
  2. Benar kadang kita terlupa dengan kelemahan diri kita.. tu yang timbul pergaduhan..

    ReplyDelete