fb

Jan 21, 2011

Mengapa hubungan semakin hambar...?

2010/04/13LONDON: 
Satu kajian dijalankan sebuah laman web di Britain mendapati, pasangan yang sudah berkahwin selama 50 tahun atau lebih, hanya bercakap satu sama lain selama tiga minit bagi setiap sejam. Percakapan mereka biasanya pada waktu makan tidak melebihi 150 perkataan.



Kajian turut mendapati pasangan kekasih menghabiskan 50 minit sejam untuk bercakap, pasangan berkahwin 10 tahun, 29 minit.



“Jelas sekali perkahwinan yang panjang ‘membunuh’ minat untuk bercakap,” kata laman web itu. – Agensi 

Ada beberapa faktor yang menyebabkan rumah tangga yang terbina kian lama kian hambar. Sebenarnya jika suami isteri saling memainkan peranan soal hambar dalam hubungan tidak muncul. Namun Oleh kerana faktor-faktoar tertentu yang hadir sebagai elemen dalaman mampu membuat hubungan semakin hambar dan lesu.


Antara petanda perkahwinan yang memerlukan perhatian ialah bila :

1. Kurang komunikasi

Komunikasi bersama isteri semakin kurang dan isteri tidak ambil berat bagi memperbaiki keadaan. Suami yang peka berasa bertanggunjawab dan cuba membaiki hubungan.

2. Jurang emosi

Isteri seolah-olah membina benteng di sekeliling dirinya dan berada dalam dunia sendiri. Hubungan dengan suami dan anak semakin jauh. Isteri juga mungkin menolak untuk tidur bersama atau kelihatan kaku apabila bersama.

3. Kebiasaan berubah

Ada beberapa kebiasaan yang mungkin berubah seperti sering keluar sendiri dan penampilan lebih terjaga bukan di tempat yang sepatutnya. Seperti kata seorang suami, dia pelik melihat isterinya yang tidak begitu menjaga penampilannya sebelum ini, kini berdandan rapi hanya untuk ke ke pasar malam!

4. Tidak menjaga ibadat

Isteri yang berasa dirinya berdosa, selalunya berasa jauh daripada Tuhan. Dalam keadaan ini ibadat yang dilakukannya tidak sesempurna seperti yang sering dilakukannya.

5. Bil telefon meningkat

Paling ketara jika ada lelaki lain dalam hidupnya ialah bil telefon meningkat mendadak dan ketara. Seorang wanita selalunya lebih berpotensi untuk kerap menghubungi lelaki yang disukainya dan yang dapat mengisi tuntutan emosinya.

No comments:

Post a Comment