fb

Jan 5, 2011

Perbezaan Umur Dalam Perkahwinan Menurut Agama

Menjawab sebuah persoalan menarik dari beberapa orang penyoal tentang apakah pandangan Islam terhadap seorang wanita yang berkahwin dengan lelaki yang lebih muda dari dirinya.

Dan di antara tanda-tanda kebesaran-Nya ialah diciptakan bagi kamu dari diri kamu isteri-isteri supaya kamu bersenang-senang kepadanya..

(Ar-Rum : 21).


Mereka beralasan bahawa Khadijah ra bernikah dengan rasulullah sewaktu umurnya 40 tahun dan rasulullah pula ketika itu baru berusia 25 tahun. Malangnya riwayat ini dhaif (lemah) dan sanadnya tidak ada bukti jelas dan sebaliknya yang diberitahu kepada kita oleh Imam Baihaqi dari riwayat Hakim bahawa rasulullah sewaktu bernikah dengan Khadijah berumur 25 tahun dan Khadijah pula berumur 35 atau 25 tahun dan umur 25 ini lebih tepat memandangkan umur kematian Khadijah pada riwayat yang paling benar menyebutkan ialah pada usia 50 tahun.

Jadi kematian Khadijah pada tahun 9 atau ke sepuluh kenabian (tahun kesedihan) sebelum Isra Mikraj menandakan umur Nabi salallahualahiwasalam berumur 49- 50 tahun lalu jika wafatnya Khadijah pada usia 50 tahun menurut riwayat yang lebih tepat pada Imam Ibn Katsir maka sudah pasti hampir sama sahaja umurnya dengan rasulullah pada ketika itu. (lihat dalam Kitab Dalail Nubuwah oleh Imam Al-Baihaqi dan juga Al-Bidayah Wan Nihayah oleh Imam Ibn Katsir).

Kesimpulannya riwayat yang jelas ialah rasulullah bernikah dengan Khadijah pada usia yang hampir sama dengan tidak ada perbezaan umur yang jauh.

Kembali kepada persoalan utama, apakah pandangan agama kepada perkahwinan umur yang jauh berbeza khasnya bagi wanita yang lebih berusia dari pasangan lelaki ?

Barangsiapa yang bertaqwa kepada Allah maka sesungguhnya Allah akan menyediakan baginya jalan keluar (dari kesusahan) dan memberikannya rezeki dari jalan-jalan yang tidak disangkai olehnya

(Surah Thalaq : 2-3).

Persoalan ini sangat menarik dibincangkan memandangkan ramai wanita yang sudah meningkat umur dewasa masih belum berumah tangga dan kebanyakkan lelaki sebaya sudah pun mempunyai keluarga.

Siti Nurhaliza misalnya sudah pun menjangkau usia 27 tahun sekalipun begitu beliau masih kelihatan cantik dan menawan tetapi siapalah ustaz emran yang jauh lebih muda hendak menaruh hati pada Siti yang cantik rupawan dan pastinya Siti Nurhaliza tidak akan terjatuh hati pada ustaz emran yang tidak ada apa-apa gelaran atau kekayaan dan kekacakkan.


Kebanyakkan wanita yang sudah berusia mengalami tekanan apabila mereka sudah kehilangan calon sebaya atau lebih tua memandangkan dalam usia yang meningkat kebanyakkan lelaki sudah pun siap memasang isteri dua dan tiga.

Pilihan mereka hanyalah lelaki yang lebih muda dan itu pun mereka terpaksa bersaing dengan gadis-gadis muda yang jauh lebih menarik dan cantik.

"Belum tahukah kamu, bahawa sesungguhnya Allah telah memudahkan untuk kamu apa-apa yang ada di langit dan apa-apa yang ada di bumi; dan Dia telah sempurnakan buat kamu nikmat-nikmat-Nya yang terlihat mahupun yang tidak kelihatan." (Luqman: 20).

Pandangan Islam terhadap Hal Ini
Islam menetapkan bahawa perkahwinan dan pemilihan calon isteri dan suami itu hendaklah pada agama dan akhlak.

Maka kahwinilah akan kamu dari perempuan itu yang baik bagi kamu
(An-Nisa : 3).

Diriwayatkan oleh Abu Hurairah ra bahawa telah bersabda baginda rasulullah salallahualaihiwasalam :  Jika datang kepada kamu seorang lelaki yang engkau redhai agamanya dan akhlaknya maka nikahkanlah dia jika tidak kamu lakukan demikian maka akan timbullah fitnah dan kerosakan
(hadith hasan riwayat Tirmidzi no 1084).

Islam tidak menetapkan persoalan umur sebagai ukuran dalam pernikahan dan sepatutnya hal ini jelas bagi lelaki dan perempuan bahawa yang dipentingkan ialah agama.

Allah mengehendaki kesenangan kepada kamu dan tidak mengingini kesusahan menimpa kamu
(Al-Baqarah : 185).

Bagi seorang muslim dalam mencari pasangan maka hendaklah melihat kepada agama sebagaimana pesan baginda rasulullah salallahualaihiwasalam : Wanita itu dinikahi kerana empat perkara iaitu kerana hartanya, kerana keturunannya, kerana kecantikannya, kerana agamanya maka pilihlah yang beragama nescaya kamu akan beruntung
(hadith sahih riwayat bukhari dan muslim).

Di dalam hadith riwayat Abu Daud dari hadith MaĆ¢€™qil ibn Yasar ra mengenai pertanyaan seorang lelaki kepada rasulullah meminta pandangan untuk menikahi seorang perempuan yang cantik, dan berkedudukan tetapi tidak mampu beranak maka dilarang oleh baginda dan disuruh supaya menikahi wanita yang dapat beranak dan melahirkan.

Demikian juga baginda bersabda : Dunia itu ialah perhiasan dan sebaik-baik perhiasan ialah wanita yang solehah
(hadith sahih, riwayat Muslim no. 3628).

Perempuan yang berusia selama dia masih dara maka dia masih mempunyai kelebihan dan selagi usianya belum sampai waktu putus haid (menopause) dan dapat beranak maka tiada salahnya dalam agama untuk menikahi mereka.


Allah mengehendaki kesenangan kepada kamu dan tidak mengingini kesusahan menimpa kamu
(Al-Baqarah : 185).

Sebaliknya banyak kelebihan lelaki muda khasnya yang masih belajar dan belum kukuh kehidupan mereka untuk memilih wanita yang berusia dan sudah matang dan kukuh kedudukan kewangan dan kebendaan kerana dapat membantu mereka dalam kehidupan.


Dan hendaklah kamu saling bantu-membantu di dalam mengerjakan kebaikan dan taqwa
(Al-maidah : 2).

Cadangan dan Nasihat

Adalah digalakkan bagi lelaki muda sekiranya mereka bertemu dengan wanita yang berusia tetapi beragama dan berakhlak supaya menikahi wanita tersebut demi menyelamatkan agama dan menunaikan keperluan fitrah manusia di samping mendapat faedah keduniaan.

 Dan bersegeralah kamu (berlumbalah) dalam kebaikan
(Al-Maidah : 48).

Bagi wanita yang sudah berusia dan berumur serta bekerjaya tidak ada masalah dan tidak ada aibnya bagi mereka menikahi lelaki muda khasnya yang masih belajar disamping dapat memenuhi keperluan fitrah masing-masing mereka juga dapat membantu para pemuda yang baru hendak membina kehidupan atau sedang melanjutkan pengajian.

Dan tidaklah kami menjadikan deen ini kepada kamu sebagai sesuatu yang menyusahkan

(Al-hajj : 78).


Pelajar lelaki di universiti, maktab dan sekolah sekalipun sudah sangat ramai dan sudah besar-besar untuk menjadi calon suami. Hari ini kita melihat rata-rata pelajar lelaki di sekolah menengah sudah tahu apa itu seks dan bukan sedikit yang sudah melakukannya dengan rakan pelajar perempuan dan mengandungkan anak luar nikah.

Janganlah kamu mendekati zina sesungguhnya zina itu satu perbuatan yang sangat keji dan seburuk-buruk jalan (dalam memenuhi fitrah)
(Al-isra : 32).

Mengapa tidak dibiarkan mereka ini berkahwin sahaja ? Apa salahnya seorang muslimah yang berusia dan sudah bekerja berkahwin dengan pelajar lelaki sekolah menengah ? Selain muslimah ini dapat menjadi isteri yang baik bahkan sebaliknya muslimah ini dapat membimbing pelajar lelaki itu menjadi pelajar yang cemerlang, membantu dalam pelajaran baik dari sudut bimbingan akademik, kehidupan dan juga membantu dalam aspek kewangan.

"Barangsiapa yang mengerjakan amalan-amalan soleh, baik lelaki mahupun perempuan, sedang mereka orang yang beriman, maka mereka itu akan masuk ke dalam syurga dan mereka itu tidak dianiayai walau sedikitpun" (An-Nisa':124).

Cukuplah kita pada pertunjuk dari sabda baginda rasulullah :Perkara yang Halal itu ialah apa yang dihalalkan oleh Allah dalam kitab (Al-Quran) dan apa yang haram itu ialah apa yang diharamkan oleh Allah dalam kitab-Nya dan apa yang didiamkan olehnya maka ianya termasuk apa yang dimaafkan kepada kalian
(hadith hasan riwayat Tirmidzi no. 1726, Ibn majah, Hakim).

Pelajar lelaki yang akan mengambil SPM misalnya jika memiliki isteri yang sudah bekerja sebagai pegawai bank selain isterinya dapat membantu dalam pelajaran, membantu dalam kehidupan, masa pelajar ini juga terselamat dari lepak, dan gejala-gejala negatif.

Allah mengehendaki kemudahan bagi kamu dan sesungguhnya diciptakan manusia itu dalam keadaan yang dhaif (lemah)

(Surah An-Nisa : 27).

Lebih menarik pada waktu usia remaja ketika kelenjar naluri syahwat sedang memuncak pelajar lelaki ini dapat pula menikmati seks halal dan berkah dan si isteri pun bukankah dapat menikmati pucuk muda ? Kemudian dengan akal yang sihat dan fitrah yang terpenuhi serta memiliki guru dan penasihat peribadi yang juga bergelar isteri bukankah pelajar ini akan lebih mudah mencapai kecemerlangan ?

Bahkan disebut oleh baginda rasulullah : Sesungguhnya pada persetubuhan kamu dengan isteri kamu itu sedekah Maka ditanya oleh sahabat apakah pada persetubuhan yang memuaskan syahwat itu sedekah ? maka dijawab oleh baginda : Apakah kamu tidak melihat bahawa apabila seseorang meletakkan zakarnya pada yang haram itu termasuk satu dosa ? maka demikianlah jika diletakkan pada yang halal maka itu baginya pahala

(hadith sahih riwayat Muslim).

Demikianlah juga bagi pelajar-pelajar di universiti yang sedang belajar seandainya mereka bernikah dengan wanita yang lebih berusia dan sudah bekerjaya maka disamping mereka dapat memenuhi keperluan fitrah bahkan mereka dapat dibantu dari aspek kewangan, kehidupan dan bimbingan nasihat dari seorang yang lebih berpengalaman.

"Barangsiapa yang mengerjakan amalan soleh, baik lelaki mahupun perempuan dalam keadaan beriman, maka sesungguhnya akan Kami berikan kepada mereka kehidupan yang baik"
(An-Nahl:97).

No comments:

Post a Comment