fb

Mar 27, 2013

Antara Ta'ruf dan kapel ada bezanya


Disinilah letak perbezaan antara kapel dengan taaruf. Kapel adalah jalan-jalan asyik berdua, bermesraan dan bercumbu. kerana umumnya masing-masing pihak ingin tampil hebat di depan pasangannya. Bedak, gincu, perfume, pakaian cantik, kereta dan segala aksesori lain  adalah sesuatu yang harus ditonjolkan.
Semua sangat jauh dari kehidupan sebenar nanti dalam keluarga. Padahal setelah menikah  semua itu akan ditinggalkan dan masing-masing baru akan tampil dengan wajah dan kelakuan sebenarnya. Padahal dahulu perkara – perkara seperti itu tidak pernah dibicarakan dalam masa kapel, kerana semua waktunya habis untuk jatuh cinta. Islam sebenarnya sejak awal sudah memperkenalkan istilah ta’aruf sebagai saranan yang objektif dalam melakukan pengenalan dan pendekatanberkahwin. Ta’aruf sangat berbeza dengan pacaran.
Ta`aruf adalah sesuatu yang syar`ie dan memang diperintahkan oleh Rasulullah SAW bagi pasangan yang ingin menikah. Perbezaan hakiki antara pacaran dengan ta’aruf adalah dari segi tujuan dan manfaat. Tujuan pacaran lebih kepada kenikmatan sesaat, zina dan maksiat. Sedang ta’aruf jelas sekali tujuannya iaitu untuk mengetahui kriteria calon pasangan
Menurut kajian di berbagai tempat seperti di pada suatu masa dahulu menyebutkan bahawa sebagian besar pasangan pacaran itu memang telah melakukan hubungan tidak senonoh mulai dari bercumbu, berpelukan, berciuman sampai persetubuhan. Parahnya, semua itu umumnya dilakukan oleh para mahasiswa yang  terpelajar dan calon pemimpin bangsa.
Jadi boleh dikatakan bahawakapel itu tidak lain adalah zina atau mendekati wilayah zina yang memang haram dan dilarang oleh semua agama.
Lalu bagaimana seorang lelaki dapat  mengenal calon pasangan hidupnya kalau bukan dengan cara pacaran ?
“Jangan sekali-kali salah seorang di antara kamu menyendiri dengan seorang perempuan, kecuali bersama mahramnya.”
Imam Qurthubi dalam menafsirkan firman Allah yang berkenaan dengan isteri-isteri Nabi, yaitu yang tersebut dalam surah al-Ahzab ayat 53, yang ertinya: “Apabila kamu minta sesuatu (makanan) kepada mereka (isteri-isteri Nabi), maka mintalah dari balik tabir. Kerana yang demikian itu lebih dapat membersihkan hati-hati kamu dan hati-hati mereka itu,”
Perasaan-perasaan yang timbul dari orang lelaki terhadap orang perempuan, dan perasaan-perasaan perempuan terhadap lelaki. Yakni cara seperti itu lebih ampuh untuk meniadakan perasaan-perasaan bimbang dan lebih dapat menjauhkan dari tuduhan yang bukan-bukan dan lebih positif untuk melindungi keluarga. Ini bererti, bahawa manusia tidak boleh percaya pada diri sendiri dalam hubungannya dengan masalah bersendirian dengan seorang perempuan yang tidak halal baginya.
Selama ini kita menganggap bahawa kapel itu adalah cara untuk melakukan pendekatan untuk mengenal lebih dekat. Namun kenyataannya tujuan itu jarang yang tercapai. Kerana umumnya alih-alih melakukan pendekatan, yang terjadi justru melakukan sekian banyak bentuk kemaksiatan.
Jadi dengan pengertian sekarang ini tentang pacaran, maka secara automatiknya kita tahu Islam sudah memperingatkan lelaki dan wanita yang bukan mahram untuk tidak bersendirian berduaan kerana yang ketiganya adalah syaitan.

No comments:

Post a Comment